Undi 18: Kenyataan Hadi timbulkan dilemma besar, PAS kini terjerat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

اوندي 18: كڽاتأن هادي تيمبولكن دلمم بسر، ڤاس ترجرت

Saya sedih melihat cara pemimpin PAS memanipulasi rakyat dengan dalil yang sentiasa diputar belit demi memajukan agenda politik kepimpinan parti.

Cuba saudara saudari teliti kata-kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berhubung keputusan mengejut pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan perlaksanaan Undi 18 ke September tahun depan.




Alasan yang diberikan oleh SPR, walaupun tidak masuk akal (rujuk artikel di hujung bawah), tidak ada kena-mengena dengan faktor umur atau kematangan pengundi yang berumur 18 tahun.

Tetapi apabila Hadi ditanya, beliau menzahirkan persetujuan PAS terhadap keputusan SPR dengan alasan, “kita mahu rakyat yang matang memilih kerajaan yang matang,”

Persoalannya, apakah Hadi merasakan seseorang yang berumur 18 tahun cukup matang untuk berkahwin tetapi belum cukup matang untuk mengundi?

Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 menetapkan bahawa usia minimum perkahwinan bagi lelaki ialah 18 tahun dan 16 tahun bagi perempuan.

Saya tidak pernah mempersoalkan ketetapan itu biarpun melibatkan perempuan bawah umur (dengan izin ibubapa dan mahkamah) memandangkan ianya dibenarkan syarak dan selaras dengan peruntukan perundangan Kelantan.

Tetapi kenapakah tiba-tiba ‘kematangan’ pengundi berumur 18 tahun menjadi isu sedangkan PAS sendiri bersetuju bahawa lelaki yang berumur 18 tahun “cukup matang untuk berkahwin?”

Apakah Hadi lupa bahawa Undi 18 turut melibatkan golongan berusia 19 dan 20 tahun? Apakah mereka tidak cukup matang?

Loading...

Inilah yang dikatakan petik dalil, dan inilah yang menyedihkan saya. Malah, perkara ini hangat diperkatakan oleh para netizen yang dilihat muak dengan sikap “petik dalil” PAS yang makin menjadi-jadi.

PAS kini terjerat susulan perbandingan yang dibuat antara Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 dan kenyataan Hadi yang dilihat mempersoalkan kematangan seseorang yang berumur 18 tahun.

Bagaimanakah PAS akan meleraikan isu ini? Sampai bila ummah akan diperbodohkan begini??

WAJIB BACA:

Alasan tangguh Undi 18 ‘pelik bin ajaib’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...