[VIDEO DISERTAKAN] Bukti Tommy Thomas peguam negara paling hina dalam sejarah tanah air

“Permintaan sesetengah pihak agar Thomas melepaskan jawatan kerana bertindak sub judis tidak akan ke mana memandangkan Thomas sendiri menisytiharkan bahawa beliau tidak percaya pada prinsip sub judis kerana ianya tidak relevan dan tidak kena pada sistem perundangan kita (lihat video bawah artikel)”

Raggie Jessy Rithaudeen

Terdapat beberapa pihak yang mendesak Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melepaskan jawatan kerana didakwa bertindak sub judis dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.




Sebenarnya, sudah banyak laporan polis dan sidang media saya buat terhadap peguam pro-India ini atas pelbagai tuduhan, termasuk tuduhan menyalahgunakan kuasa dan membocorkan maklumat sulit milik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada 9hb Febuari 2019, saya membuat satu laporan terhadap kedua-dua Dato’ Ambiga Sreenevasan dan Tommy Thomas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor.

Dalam laporan tersebut, saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa Ambiga pernah terlibat dalam satu konspirasi bersama Peguam Negara Tommy Thomas untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Khalid masih lagi Menteri Besar Selangor.

Saya menjelaskan bahawa Thomas, yang pada ketika itu merupakan peguam Bank Islam, membocorkan maklumat rahsia berkenaan urusan peribadi dan perakaunan Khalid kepada Ambiga, yang seterusnya bertindak memberikan maklumat tersebut kepada orang-orang tertentu di PKR.

Maklumat tersebut, yang berasal dari Bank Islam, akhirnya diselitkan dalam satu dossier yang disediakan oleh Saifuddin Nasution.

Saya memaklumkan bahawa dossier inilah yang menjadi asas kepada inisiatif Langkah Kajang oleh gandingan Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi memberi ruang kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya mengakhiri laporan tersebut dengan meminta pihak polis menyiasat kedua-dua Ambiga dan Thomas serta mengunakan kuasa sepenuhnya yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang berkaitan untuk memaksa mereka menjawab pembongkaran saya ini.

Saya turut meminta pihak polis menyiasat Thomas dan mana-mana pegawai atau kakitangan Bank Islam yang mungkin telah bersubahat dengan beliau untuk membocorkan maklumat-maklumat peribadi milik Khalid memandangkan tindak-tanduk Tommy melanggar peruntukkan perahsiaan menurut seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan merupakan jenayah berat di sisi undang-undang negara.

Pada 16hb Julai 2018, saya membuat satu lagi laporan terhadap Thomas dan dua individu lain di Balai Polis Sri Hartamas, kali ini meminta pihak polis menyiasat ketiga-tiga mereka atas tuduhan bersubahat untuk mengaibkan Najib.

Pada 29hb Mei 2019 pula, saya membawa perhatian umum kepada beberapa kejanggalan dalam kenyataan-kenyataan Thomas serta pemimpin-pemimpin lain Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung pengunduran peguam Nor Syazlin Mansor daripada inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Saya menulis:

Ketiga-tiga Zuraida, Tommy Thomas dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing mengeluarkan kenyataan yang bukan hanya berbunyi pelik, ianya bercanggah antara satu sama lain, teramat luarbiasa dan menimbulkan persepsi seolah-olah berlaku satu konspirasi tahap tertinggi bagi melindungi Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy.

1. Menurut Mahathir, tindakan Syazlin menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian Adib (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “inkues Adib”) adalah seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara, tommy Thomas.

2. Jelas beliau, ianya disebabkan pihak KPKT tidak mengetahui bahawa Syazlin turut mewakili keluarga Adib.

3. Persoalannya, apakah Tommy Thomas lupa untuk menjalankan tugasnya sebagai penasihat undang-undang utama Kerajaan Persekutuan dengan memberitahu perkara tersebut kepada KPKT?

4. Apakah Tommy Thomas tidak sedar akan perlantikan Syazlin oleh keluarga Adib selama ini, terutamanya semasa beliau memperkenan perlantikan tersebut?

5. Apakah KPKT tidak membuat penyemakan latarbelakang Syazlin apabila melantik beliau atau tidak dimaklumkan oleh Syazlin sendiri bahawa beliau sememangnya mewakili keluarga Adib?

6. Adakah kita harus percaya bahawa KPKT, yang giat membuat penilitian setiap aspek berhubung kematian Adib bermula dari tarikh Allahyarham cedera hinggalah Syazlin diminta menarik diri, tidak tahu bahawa Syazlin mewakili keluarga Adib?

Pada 28hb Oktober 2018 pula, saya membongkarkan satu perjumpaan sulit melibatkan Thomas, Richard Malanjum (Ketua Hakim Negara pada ketika itu), Lim Guan Eng dan seorang lagi dari pihak pendakwaan kes Dato’ Seri Najib Tun Razak malam sebelum Guan Eng dilepas dan dibebaskan oleh Mahkhamah Tinggi Pulau Pinang (lihat video di bawah).

Beberapa minggu selepas video tersebut tular, saya dipanggil oleh beberapa pegawai dari Bukit Aman dan disoal siasat di IPD Ampang Jaya. Saya tidak selesa dengan cara seorang pegawai menyoal saya dan terus memberitahu pegawai tersebut bahawa saya hanya akan menjawab di Mahkhamah seandainya Guan Eng ataupun mana-mana pihak yang saya namakan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

Hakikatnya, banyak lagi laporan polis dan pembongkaran yang telah saya buat, termasuk satu melibatkkan perampasan kapal Equanimity dan pengendalian kes tersebut oleh seorang peguam yang jelas mempunyai konflik kepentingan kerana mewakili bekas firma guaman milik Thomas.

Pada 13hb Ogos 2018, saya membuat laporan di IPD Petaling Jaya di mana saya memberitahu pihak polis bahawa Thomas menyalahgunakan kuasa dan jawatannya apabila melantik Sitpah Selvaratnam sebagai penasihat Jabatan Peguam Negara dalam hal-hal bersangkut-paut perampasan kapal Equanimity.

Thomas turut menyalahgunakan kuasa dan jawatannya sebagai Peguam Negara apabila menipu kerajaan Malaysia kononnya Sitpah terpaksa dilantik kerana Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai unit perkapalan yang khusus dan kepakaran dalam undang-undang admiralty.

Hakikatnya, kesemua laporan ini tidak ke mana, kerana saya difahamkan bahawa Thomas sudah meminta seorang pegawai untuk memfailkan beberapa laporan saya terhadapnya di bawah seksyen NFA, atau “No Further Action” (Tiada Tindakan Lanjut).

Begitu juga, permintaan sesetengah pihak agar Thomas melepaskan jawatan kerana bertindak subjudis tidak akan ke mana memandangkan Thomas sendiri menisytiharkan bahawa beliau tidak percaya pada prinsip sub judis kerana ianya tidak relevan dan tidak kena pada sistem perundangan kita (lihat video).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...