[VIDEO] Tindakan PDRM tepat, Dong Zong wajar diharamkan

GBN mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana bertindak tegas terhadap perkumpulan ini dan berharap persatuan rasis ini akan diharamkan kerana mampu meracuni pemikiran anak-anak berbangsa Cina dan sekaligus menyekat segala bentuk usaha ke arah integrasi nasional dalam ertikata yang sebenarnya. Sumber (gambar): TTF

Dong Zong terdiri daripada ahli-ahli akademik terpilih yang majoritinya berpelajaran tinggi dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Cina untuk memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina.

Adalah amat sukar bagi sesiapa mempercayai bahawa mereka mampu mengeluarkan kenyataan tanpa melakukan soal selidik ataupun sedar bahawa apa yang mereka katakan tidak bersandar kepada fakta dan mampu mencetuskan ketegangan antara kaum.

Tidak mustahil bahawa tindakan mereka ini didalangi oleh DAP yang sebelum ini pernah juga menuduh kerajaan cuba mengislamkan pendidikan.

Perkara ini berlaku di sekitar tahun lapan puluhan, di mana Lim Kit Siang pernah memberitahu sebuah forum bahawa kerajaan Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu cuba mengislamkan pendidikan di peringkat tinggi.


SUBANG JAYA: Tindakan Bukit Aman memanggil Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim dan Setiausaha Agung persatuan tersebut, Ng Chai Heng, untuk diambil keterangan amat tepat sekali dan disokong penuh Gerakan Bangsa Nasional.

Ini memandangkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Dong Zong berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan penulisan jawi di peringkat sekolah rendah jauh tersasar, berbaur perkauman dan mampu mencetuskan huru-hara.

Sebelum ini, GBN telahpun menjelaskan secara terperinci hubungkait seni khat dan penulisan jawi dengan perkembangan Bahasa Melayu asli di rantau ini menerusi satu terbitan bertarikh 4hb Ogos 2019 (ikut pautan di bawah).


BACA: Amaran pada Dong Zong, Jiao Zong, DAP: Hati-hatilah, ini Tanah Melayu, tanah tumpahnya darah ku…

Biarpun tulisan jawi ada hubungkaitnya dengan Al Qu’ran dari segi penggunaan, ianya tetap satu bentuk penulisan dan tidak akan mengislamkan sesiapa yang mempelajarinya ataupun menggunakannya.

Justeru, kenyataan Dong Zong bahawa pengenalan tulisan tersebut merupakan satu bentuk pengislaman amat tidak tepat dan boleh disifatkan sebagai rasis dan anti-Islam.

Ini memandangkan Dong Zong terdiri daripada ahli-ahli akademik terpilih yang majoritinya berpelajaran tinggi dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Cina untuk memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina.

Adalah amat sukar bagi sesiapa mempercayai bahawa mereka mampu mengeluarkan kenyataan tanpa melakukan soal selidik ataupun sedar bahawa apa yang mereka katakan tidak bersandar kepada fakta dan mampu mencetuskan ketegangan antara kaum.

Tidak mustahil bahawa tindakan mereka ini didalangi oleh DAP yang sebelum ini pernah juga menuduh kerajaan cuba mengislamkan pendidikan.

Perkara ini berlaku di sekitar tahun lapan puluhan, di mana Lim Kit Siang pernah memberitahu sebuah forum bahawa kerajaan Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu cuba mengislamkan pendidikan di peringkat tinggi.

Apapun, GBN mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana bertindak tegas terhadap perkumpulan ini dan berharap persatuan rasis ini akan diharamkan kerana mampu meracuni pemikiran anak-anak berbangsa Cina dan sekaligus menyekat segala bentuk usaha ke arah integrasi nasional dalam ertikata yang sebenarnya.

VIDEO: DONG ZONG JADI ALAT SAMPAIKAN SUARA RASIS DAP

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...