Zahid mula ‘ditolak’ sebagai ‘kapten’ Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15

MIC membuat pendirian akan memutuskan sendiri sama ada bekerjasama dengan Bersatu atau tidak. Sumber (gambar): Fail TTF

زاهيد مولا ءدتولقء سباڬاي ءكڤتنء باريسن ناسيونل منجلڠ ڤيليهن راي عموم ك-15

Salah satu masalah yang perlu diselesaikan jika Barisan Nasional ingin bertarung bersendirian pada pilihan raya umum akan datang adalah siapa yang akan menjadi calon perdana menteri.

Ini menurut Presiden MIC, SA Vigneswaran, yang berkata, jika Barisan Nasional ingin berperang, gabungan itu memerlukan seorang ‘kapten’.

Vigneswaran mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa dia akan memimpin BN, yang kini menyokong pemerintah Perikatan Nasional, dalam usaha solo untuk merampas kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Secara tidak langsung, ini merupakan penolakkan terus MIC terhadap kepimpinan berterusan Zahid menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 kerana Zahid menghadapi tuduhan jenayah dan tidak layak dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri.

TTF turut difahamkan sudah mula berlaku perbincangan di kalangan beberapa bahagian UMNO dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional lain untuk memuktamadkan sendiri langkah seterusnya dengan atau tanpa ‘restu’ Zahid.


PETALING JAYA: Salah satu masalah yang perlu diselesaikan jika Barisan Nasional ingin bertarung bersendirian pada pilihan raya umum akan datang adalah siapa yang akan menjadi calon perdana menteri.

Ini menurut Presiden MIC, SA Vigneswaran, yang berkata, jika Barisan Nasional ingin berperang, gabungan itu memerlukan seorang ‘kapten’.




“Wajah siapa yang akan menghiasi poster untuk BN? Ini perlu diselesaikan. Kita tidak boleh bertanding pilihan raya dengan bendera tanpa kapten,” katanya kepada Malaysiakini.

Vigneswaran berkata, ini adalah antara persoalan yang akan diajukan oleh perwakilan pada perhimpunan agung tahunan MIC pada 3 April.

“Perwakilan parti ingin tahu apa pendirian kita, dan jika (kita mahu kekal) bersama BN, siapa yang akan menjadi perdana menteri berikutnya? Ini adalah soalan yang mesti dijawab,” tambahnya.

Vigneswaran mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa dia akan memimpin BN, yang kini menyokong pemerintah Perikatan Nasional, dalam usaha solo untuk merampas kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Secara tidak langsung, ini merupakan penolakkan terus MIC terhadap kepimpinan berterusan Zahid menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 kerana Zahid menghadapi tuduhan jenayah dan tidak layak dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri.

“Sehingga hari ini, kita akan bertanding di bawah BN… Bagi MIC, kita bersama BN. Tetapi BN a mesti mempunyai rancangan yang jelas bagaimana kita akan menghadapi pilihan raya,” tambahnya.

Mengambil maklum bahawa Umno telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Bersatu berdasarkan apa yang dianggap terbaik untuk Umno, Vigneswaran berkata parti-parti BN yang lain juga akan melakukan hal yang sama.

Loading...

“MIC akan membuat keputusan sama ada bekerjasama dengan Bersatu atau tidak, keputusan kami sendiri.

“… Oleh itu, semua orang sekarang akan membuat keputusan yang terbaik untuk parti masing-masing. MCA harus membuat keputusan dan MIC juga akan membuat keputusan,” katanya.

TTF turut difahamkan sudah mula berlaku perbincangan di kalangan beberapa bahagian UMNO dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional lain untuk memuktamadkan sendiri langkah seterusnya dengan atau tanpa ‘restu’ Zahid.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini dan berdasarkan maklumat sumber UMNO

WAJIB BACA: 

Jangan sampai kita diabdikan kembali oleh ‘khalifah’ dan ‘ulamma’ kepalsuan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...