Zahid nafi bawa timbunan fail jumpa Muhyiddn, cabar buat sumpah laknat

Zahid berkata, beliau sendiri secara peribadi menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, selain meminta 43 Ahli Parlimen BN untuk membuat perkara yang sama. Sumber (gambar): Fail TTF

زاهيد نافي باوا تيمبونان فايل جومڤا محيددن، چابر بوات سومڤه لعنة

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pernah berjumpa dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta pertolongan bagi melepaskan diri daripada kes mahkamah.

Melalui perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dakwaan Muhyiddin kononnya beliau membawa timbunan fail membabitkan pendakwaannya di mahkamah, sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri adalah fitnah.

Pada 17 Feb lepas, Muhyiddin mengulangi dakwaannya bahawa dua pemimpin kanan UMNO cuba meminta beliau untuk berbuat sesuatu tentang kes mahkamah yang mereka hadapi.

Menamakan dua pemimpin itu sebagai Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi PN itu berkata, beliau enggan melayani permintaan itu kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.


JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pernah berjumpa dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta pertolongan bagi melepaskan diri daripada kes mahkamah.

Melalui perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dakwaan Muhyiddin kononnya beliau membawa timbunan fail membabitkan pendakwaannya di mahkamah, sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri adalah fitnah.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Bagi membuktikan dirinya di pihak yang benar, Ahmad Zahid berkata, beliau sanggup melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada dakwaan Muhyiddin.

“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY (Muhyiddin) ke atas saya.

BACA JUGA: ZAHID CAKAP BESAR, TAPI SAMAN TAK BERANI

“Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,” soal Presiden UMNO itu kembali.

Pada 17 Feb lepas, Muhyiddin mengulangi dakwaannya bahawa dua pemimpin kanan UMNO cuba meminta beliau untuk berbuat sesuatu tentang kes mahkamah yang mereka hadapi.

Menamakan dua pemimpin itu sebagai Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi PN itu berkata, beliau enggan melayani permintaan itu kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.

Susulan keengganannya itu, Muhyiddin mendakwa beliau hilang jawatan Perdana Menteri, selepas Ahmad Zahid mengetuai 15 Ahli Parlimen UMNO, menarik balik sokongan dalam Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri secara peribadi menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, selain meminta 43 Ahli Parlimen BN untuk membuat perkara yang sama.

Loading...

“Sedangkan, sewaktu beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, beliau yang pada satu peringkat hampir menandatangani pembatalan pendaftaran UMNO.

“Malah, semasa beliau masih menjadi PM, beliau yang ligat membuat percaturan belakang dengan menyusun pelbagai usaha dan pelan untuk memecahbelahkan UMNO dari dalam. Ini termasuklah dengan menawarkan ‘scheme of things’ kepada beberapa anggota pimpinan UMNO,” kata Ahmad Zahid Hamidi lagi.

Katanya lagi, beliau tidak pelik tentang tuduhan seperti itu yang selalu keluar sewaktu musim pilihan raya.

Sumber:

WAJIB BACA:

‘Muhyiddin started the rot, Ismail Sabri is only making things worse’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...