Bahagian Sepuluh: Salah satu cara Muhyiddin boleh hapuskan ‘puak pengacau’ yang cuba runtuhkan kerajaan

“Dalam senario ini, karier politik kedua-dua DAP dan Anwar akan berkubur sekali dengan puak kartel buat selama-lamanya, manakala undi majoriti umat Islam dan sebilangan besar mereka yang bukan beragama Islam akan bersama gabungan perpaduan yang baharu”

Raggie Jessy Rithaudeen

بهاڬين سڤولوه: ساله ساتو چارا محي الدين بوليه هاڤوسكن ءڤواق ڤڠاچاوء يڠ چوبا رونتوهكن كراجأن

Dalam bahagian ke-lapan siri ini (bawah), saya bercerita tentang beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, antaranya, penyatuan UMNO dan PPBM menerusi pembentukkan sebuah parti baharu yang dinamakan “UMNO-Bersatu.”

Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib




Saya menulis:

Muhyiddin turut sedang pertimbangkan kemungkinan membentuk pro-tem committee di seluruh negara sebagai memenuhi ‘keperluan’ rancangan tersebut bersama beberapa pemimpin UMNO.

Tetapi apa yang tidak diceritakan oleh mana-mana pihak (setahu saya) ialah penentangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kem Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap misi “UMNO-Bersatu” atas sebab-sebab berbeza.

Bagi Mahathir, oleh kerana beliau merupakan Pengerusi PPBM, langkah sebesar ini perlu terlebih dahulu mendapat mandat kesemua ahli majlis tertinggi, termasuklah Mahathir sendiri dan sekutunya dalam majlis berkenaan.

Mahathir juga tidak ingin misi “UMNO-Bersatu” berjaya kerana beliau menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO secara en bloc.

Kem Najib pula tidak senang hati dengan usaha ini kerana tahu misi jangka panjang Muhyiddin mirip sedikit dengan perancangan awal Mahathir, iaitu untuk menyisihkan terus sekumpulan pemimpin dari UMNO, termasuk Najib.

Loading...

Justeru, kedua-dua UMNO dan PPBM terbahagi dua dalam hal ini, dan kebarangkalian untuk terbentuknya parti “UMNO-Bersatu” dengan jayanya amatlah tipis, walaupun tidak mustahil.

Apa yang pasti, bukan hanya puak kartel sedang memikirkan cara-cara untuk meruntuhkan Perikatan Nasional, ahli-ahli parlimen dari PPBM (blok kerajaan, pro-Mahathir) turut sedang memikirkan perkara yang sama.

Sebenarnya, perpecahan yang berlaku dalam UMNO dan PPBM ini bukanlah perkara baru dan telah saya rungkai beberapa kali, termasuklah sebab sebilangan besar ahli parlimen dari PPBM tidak yakin terhadap UMNO dan sebab kerajaan Perikatan Nasional tidak mampu bertahan lama.

Anda boleh rujuk sebab-sebab ini menerusi bahagian ke tujuh siri ini (bawah), yang turut memperinci dilema yang menyelubungi ahli-ahli parlimen dari PPBM dan UMNO serta komplot yang wujud untuk menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

Dalam bahagian ini, saya akan menceritakan satu lagi opsyen yang ada pada Muhyiddin untuk memastikan kerajaan persekutuan di bawah pentadbirannya tidak tumbang dan kekal berkuasa sehingga beliau sendiri bersedia untuk bubarkan parlimen.

Opsyennya begini:

1. UMNO telahpun mengisytiharkan bahawa “kerajaan yang ada hanyalah perikatan antara ahli-ahli parlimen dan bukan kerjasama antara parti-parti politik.”

2. Ini bermakna, pucuk pimpinan UMNO akur bahawa Muhyiddin memiliki kuasa prerogatif untuk mencalonkan siapa sahaja bagi jawatan menteri atau timbalan menteri kerajaan.

3. Ini sebenarnya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan Jemaah Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong adalah atas nasihat Perdana Menteri dan hanya bersandar kepada keahlian dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, bukannya keahlian dalam mana-mana parti politik

4. Dalam erti kata lain, Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk membentuk sebuah kabinet yang terdiri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili ahli-ahli berkenaan.

5. Kesemua ini menjurus kepada perancangan asal Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu pembentukan sebuah kerajaan berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang hanya bersandar kepada keahlian dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, bukannya parti.

6. Atas pertimbangan ini, dan bagi tujuan perbincangan semata-mata, sekiranya Muhyiddin tiba-tiba memutuskan untuk melantik ahli-ahli parlimen dari PKR dan AMANAH ke dalam kabinet, itu adalah hak berperlembagaan beliau yang tidak boleh dipertikaikan.

7. Ini bernakna, Muhyiddin boleh pada bila-bila masa merombak semula kabinet untuk melibatkan ahli-ahli parlimen tertentu dari PKR dan AMANAH sekiranya puak kartel dari UMNO tidak berubah sikap dan terus bergelut untuk kuasa dan kedudukan.

8. Tetapi untuk kekal berkuasa, Muhyiddin perlu memastikan beliau terus memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

9. Perkara ini tidaklah begitu rumit – sepertimana yang telah saya bongkarkan, sebilangan besar ahli parlimen dari PPBM kini lebih cenderung ke arah Mahathir kerana tidak yakin lagi dengan UMNO, khususnya puak kartel dari parti berkenaan.

10. Disebabkan kecenderungan ini, jumlah keseluruhan ahli parlimen dari PPBM yang memihak kepada Mahathir berjumlah antara 15 hingga 20 orang.

11. Jika kita anggarkan jumlah ini seramai 15 orang, jumlah keseluruhan ahli parlimen dari pembangkang yang tegar bersama Mahathir (termasuk dari WARISAN, UPKO dan sebagainya) adalah seramai 26 orang.

12. Dengan adanya sokongan ini dan sokongan majoriti ahli parlimen dari UMNO (yang tidak bersama puak kartel, seramai 30 orang), Muhyiddin dengan mudah akan memperolehi sokongan dari PAS yang turut bersekutu dengan ‘kepala’ 30 ahli parlimen berkenaan.

13. Syaratnya, Muhyiddin perlu berbaik semula dengan Mahathir dan mencapai kata sepakat berhubung struktur pentadbiran persekutuan seandainya Mahathir bersetuju untuk membawa puak penyokongnya bersama dalam gabungan perpaduan baharu.

14. Muhyiddin dan Mahathir turnt perlu mencapai kata sepakat berhubung suatu perkara khusus yang akan saya rungkai bila tiba masanya.

15. Memandangkan Datuk Seri Shafie Apdal dari awal menjelaskan bahawa WARISAN akan kekal bersama Mahathir, sekiranya kem Mahathir dan kem Muhyiddin mencapai kata sepakat, WARISAN akan bersetuju untuk bersama dalam gabungan baharu bersama PPBM, PAS dan majoriti ahli parlimen dari UMNO.

16. Begitu juga GPS dan majoriti ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang terang-terang menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

17. Malah, beberapa ahli parlimen dari PKR dan AMANAH yang kini duduk atas pagar mungkin akan bersetuju untuk bersama dengan gabungan berkenaan.

18. Justeru, dalam sekelip mata, sepertimana Datuk Seri Azmin Ali mencetuskan langkah Sheraton, tidak mustahil Muhyiddin dan Mahathir akan mencetuskan suatu perubahan mendadak dalam gabungan puak pemerintah dengan majoriti yang jauh lebih kukuh daripada yang sedia ada.

19. Bukan hanya ini akan membenarkan Muhyiddin mencantas rancangan puak kartel untuk menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, gabungan baharu yang bakal terbentuk tidak melibatkan perubahan dalam kerajaan pusat, cuma pencaturan semula sokongan majoriti dalam parlimen.

20. Kesemua ini tidak akan mencetuskan kemelut politik sepertimana yang berlaku pada penhujung bulan Febuari dan tidaklah melibatkan Yang di-Pertuan Agong selagi Muhyiddin tidak letak jawatan atau menasihati Baginda Tuanku untuk membubarkan parlimen.

21. Dalam senario ini, karier politik kedua-dua DAP dan Anwar akan berkubur sekali dengan puak kartel buat selama-lamanya, manakala undi majoriti umat Islam dan sebilangan besar mereka yang bukan beragama Islam akan bersama gabungan perpaduan yang baharu ini.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

BAHAGIAN SATU HINGGA SEMBILAN:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib

Anwar ingin masuk kembali UMNO

Adakah UMNO akan setuju terima keahlian Anwar?

Towards GE15 – its sooner than you think



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...