
حنيفف خطري لاڤور ڤوليس تربيتن برتاجوق ڤلسو اوليه نث قيبورد
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Country Homes berhubung satu terbitan portal NTH Qibord bertajuk “Semua Urusan Muhyiddin Yassin Tidak Sah – Haniff Khatri.”
Menurut Haniff, terbitan itu memetik kandungan penulisannya di Facebook berlabel “Siri: 2556” tetapi menggunakan tajuk palsu yang menyeleweng daripada kandungan sebenar penulisan itu.
“Walaupun memenatkan dan mengambil masa untuk dilakukan, namun sebagai mematuhi kedaulatan undang-undang, mana-mana kesalahan yang dilakukan wajib ditangani menurut langkah perundangan yang sedia wujud, agar pihak yang bersalah dapat sedari bahawa hak rakyat dan hak individu jangan sekali-kali cuba dicabuli.”

PETALING JAYA: Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Country Homes berhubung satu terbitan portal NTH Qibord bertajuk “Semua Urusan Muhyiddin Yassin Tidak Sah – Haniff Khatri.”
Menurut Haniff, terbitan itu memetik kandungan penulisannya di Facebook berlabel “Siri: 2556” tetapi menggunakan tajuk palsu yang menyeleweng daripada kandungan sebenar penulisan itu.
“Dalam Siri: 2559 semalam, saya telah memberi makluman kepada kesemua para pembaca yang prihatin berhubung tindakan salah satu portal kononnya bernama NTH QIBORD yang telah terbitkan satu Laporan bertajuk “Semua Urusan Muhyiddin Yassin Tidak Sah – Haniff Khatri.”
“(Terbitan itu) telah memetik kandungan Siri: 2558 itu, dengan TAJUK yang sememangnya PALSU, SALAH dan MENYELEWENG berkaitan tullisan saya di Siri: 2558.
BACA JUGA: ‘TANYA MENTERI UMNO DULU, BARU CERITA ORANG LAIN’
“Sebentar tadi jam 1.33 tengahari Sabtu 03.04.2021, saya terpaksa mengambil masa ke Balai Polis Bandar Country Homes untuk membuat Laporan Polis yang didaftarkan dengan No Repot: PUDU/002878/21 bertarikh 03.04.2021.
“Walaupun memenatkan dan mengambil masa untuk dilakukan, namun sebagai mematuhi kedaulatan undang-undang, mana-mana kesalahan yang dilakukan wajib ditangani menurut langkah perundangan yang sedia wujud, agar pihak yang bersalah dapat sedari bahawa hak rakyat dan hak individu jangan sekali-kali cuba dicabuli.”
THE THIRD FORCE
MUST READ:

