Langkah Sheraton: Zahid Md Arip kantoi fitnah Mahathir, ini buktinya

“Mahathir tahu dari awal lagi bahawa Muhyiddin menipu ahli-ahli parlimen PPBM kononnya parti itu perlu perlu keluar segera daripada Pakatan Harapan kerana “Anwar sedang merancang untuk menerkam Mahathir pada bila-bila masa”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya terpangil untuk menjawab dakwaan Senator dari PPBM, Muhammad Zahid Md Arip, kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad merestui gerakan sulit “menyekat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP” sebelum tercetus Langkah Sheraton.

Sebelum ini, Zahid pernah didakwa menjadi dalang yang mengatur pertemuan pemimpin parti politik di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, pada 23hb Februari lalu.




Daripada mengemukakan hujah yang bernas bagi menangkis dakwaan itu, Zahid memilih untuk membuat penafian ringkas sebelum cuba mengalihkan perhatian umum dengan memfitnah Mahathir.

Atas sebab inilah saya membuat keputusan untuk mengemukakan hujah-hujah berikut sebagai bukti Zahid dan PPBM kini sedang cuba melonjakkan imej Anwar kerana cemas kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mungkin tumbang tidak lama lagi:

1. Tidak sampai tiga bulan selepas Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, Anwar dan otai-otainya mula memberi tekanan terhadap beliau untuk melepaskan jawatannya dengan mengungkit-ungkit isu “peralihan kuasa” hampir setiap hari.

2. Menurut otai-otai Anwar, Mahathir terlibat dengan satu perjanjian peralihan kuasa di mana beliau ‘berjanji’ untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas dua tahun memegang jawatan itu.

3. Walaubagaimanapun, apabila saya mencabar Anwar dan otai-otainya untuk mendedahkan “surat perjanjian” itu, mereka terus kecut dan mendakwa surat itu tidak perlu dibongkarkan kerana ianya “peribadi antara Mahathir dan Anwar.”

4. Ini sebenarnya satu pembohongan, kerana pada ketika “perjanjian dua tahun” itu didakwa ditandatangani, Anwar masih lagi berada di penjara Sungai Buloh dan menggunakan Rafizi Ramli sebagai perantara untuk menyalurkan maklumat kepada kepimpinan Pakatan Harapan.

5. Mahathir pula tidak pernah berjumpa dengan Anwar, dan Rafizi turut tidak pernah membawa apa-apa surat daripada Anwar untuk ditandatangani oleh Mahathir.

Loading...

6. Apa pun, atas desakan berterusan daripada Anwar dan otai-otainya yang terus menerus mengungkit isu peralihan kuasa, majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat mula meluat dengan presiden PKR itu dan tidak lagi percaya terhadap kemampuannya mentadbir negara.

7. Ahli-ahli parlimen ini turut terpengaruh dengan perpecahan teruk yang melanda PKR dan mula yakin bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin berwibawa yang mampu mentadbir kerajaan jika diberi peluang.

8. Logik mereka mudah – jika Anwar tidak mampu mengawal partinya sendiri, masakan beliau mampu mengawal kerajaan persekutuan.

9. Mereka turut terkejut apabila saya bertindak membongkarkan akuan-akuan bersumpah palsu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa ahli parlimen lain yang kononnya menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 (rujuk 3 pendedahan di hujung bawah sekali).

10. Atas pendedahan inilah ramai ahli parlimen, termasuk mereka dari PPBM, mula sedar bahawa Anwar tidak memiliki sokongan majoriti dan tidak mungkin menjadi Perdana Menteri biarpun Mahathir bertindak melepaskan jawatannya.

11. Ini memandangkan pelantikan seseorang ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri adalah berdasarkan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan merupakan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong menurut peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam Parlembagaan Persekutuan Malaysia.

12. Ramai ahli parlimen melihat kewujudan akuan-akuan bersumpah palsu itu sebagai bukti Anwar terdesak untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melakukan penipuan bagi menimbulkan persepsi kononnya beliau diterima oleh majoriti ahli parlimen.

13. Jadi tidak benarlah persepsi yang ditimbulkan oleh otai-otai Anwar kononnya “Mahathir berjanji untuk meletakkan jawatan agar jawatan Perdana Menteri dapat ‘diberikan’ kepada Anwar.”

14. Sebenarnya, Mahathir sendiri sudah lama tahu bahawa Anwar tidak pernah dan tidak mungkin menjadi ancaman kepadanya kerana kegagalannya meraih sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

15. Jadi nyatalah Mahathir tahu dari awal lagi bahawa Muhyiddin menipu ahli-ahli parlimen PPBM kononnya parti itu perlu perlu keluar segera daripada Pakatan Harapan kerana “Anwar sedang merancang untuk menerkam Mahathir pada bila-bila masa.”

16. Hakikatnya, semua ahli parlimen PPBM yang bersekongkol dengan Muhyiddin sendiri meluat dengan perangai Anwar dan otai-otainya hinggakan termakan bulat-bulat penipuan Muhyiddin.

17. Jadi usahlah Zahid Md Arip cuba kelentong rakyat Malaysia kononnya Mahathir merestui gerakan sulit “menyekat Anwar dan DAP” sebelum tercetus Langkah Sheraton.

18. Hakikatnya, DAP sendiri tahu Anwar tidak mungkin menjadi Perdana Menteri kerana tidak mampu meraih sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

19. Mahathir pula tidak begitu bodoh untuk mempercayai Muhyiddin kerana beliau merupakan seorang “Maverick” yang sudah lama berkecimpung dalam dunia politik dan tahu benar akan perangai pemimpin berkepentingan seperti Muhyiddin.

20. Saya sedia maklum bahawa Zahid kini sedang cuba menaikkan imej Anwar bagi menangkis persepsi ahli-ahli parlimen bahawa Anwar tidak pernah memiliki sokongan majoriti.

21. Ini kerana PPBM kini berada dalam keadaan terdesak dan cemas memikirkan kemungkinan PAS dan UMNO Team B akan bertindak keluar Perikatan Nasional untuk bersama sama blok bebas kuasa ketiga Mahathir tidak lama lagi.

PENDEDAHAN-PENDEDAHAN (WAJIB BACA):

Anwar, sila jelaskan akuan-akuan bersumpah ini (dokumen disertakan)

Anwar diminta menjelaskan akuan bersumpah terbaru ini (dokumen disertakan)

Muhyiddin dan Zahid nafi tandatangan Akuan Bersumpah

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...