TTF: Usah cuba putarbelitkan fakta, Dr Mahathir Mohamad.
Aktivis yang mencadangkan agar ‘fakta’ berkenaan perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri, termasuk Parti Komunis Malaya (PKM), dimasukkan dalam buku teks sejarah sebenarnya menyahut seruan seorang berbangsa Cina yang mengelar dirinya bekas pejuang komunis.
Au Heng Fong, 88, mengesa agar naratif buku sejarah yang menyifatkan Parti Komunis Malaya sebagai organisasi bersifat pengganas dikaji semula memandangkan BN sudah tidak lagi memegang tampuk kepimpinan negara.
Gesaan Fong disahut aktivis Fadiah Nadwa Fikri, yang tanpa berfikir, terus menuduh kerajaan BN yang lalu menggunakan buku-buku sejarah sebagai bahan propaganda.
Fadiah turut menyifatkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang kononya tidak terkandung dalam buku sejarah sebagai ‘fakta’, sedangkan cadangannya adalah bagi meneliti sumbangan golongan tersebut yang setakat ini belum lagi dikaji pihak penganjur.
Dari sini sahaja sudah jelas lagi bersuluh bahawa Fadiah memaparkan sifat prejudis yang teramat sangat terhadap kerajaaan yang diterajui BN sebelum ini dan herniat tidak baik dalam menganjurkan forum tersebut.
Semalam, TTF telahpun mengeluarkan satu kenyataan dalam Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada Fadiah, berbunyi seperti berikut:
Fadiah should stop accusing people of hijacking a forum discussing a review of Malaysia’s history textbooks (see news item below).
She should instead start reflecting on her own virtues and lack of comprehension of history and the Malaysian etiquette.
Several officers from the military and police who spoke on condition of anonymity displayed extreme displeasure at the organisers of the forum and voiced concern that even the Government of Malaysia may lose control of the forces should things get out of hand.
Fadiah should herself undertake to study history in its truest context before making statements that border on national sensibilities, sensitivities and security.
She should understand, that the act of voicing displeasure at communists and the role they played towards achieving independence is itself pivotal to the very process of review she insists is necessary.
Fadiah must also understand that freedom of expression comes with a price, that every citizen may, accordingly, speak, write, and print with freedom, but shall be responsible for such abuses of this freedom as shall be defined by law.
She must further understand that in voicing any opinion, the sensibilities and sensitivities of Malaysians must always be respected and carefully dealt with so as not to trigger unrest no matter how noble or virtuous her intent may be.
I refer her to an article written by Raja Petra Kamarudin that explains the role communists played in the lead up to Merdeka.
READ RPK’S ARTICLE HERE
I advice her to get her facts right by reading the article first before attempting to play ‘saviour’ to Malaysians of all walks.
I further advise her to stop playing with fire and seek advice on how to approach the topic matter correctly in the broader interest of national security and harmony.
We are watching you, Fadiah.
Kami berharap agar Tun dapat menghayati intipati pesanan kami kepada Fadiah untuk memahami betapa seriusnya tindakkan beliau, yang pada tanggapan kami, mampu mengugat kestabilan negara.
Sekiranya Tun tidak mampu memahami ertikata pesanan tersebut, sila rujuk kapada saudara Raggie Jessy, yang kami telah dimaklumkan sedia menghadirkan dirinya ke pejabat Tun pada bila-bila masa sahaja bagi tujuan menterjemahkan pesanan tersebut.
Saudara Raggie Jessy juga sedia memberi contoh fahaman golongan komunis kepada rakyat Malaysia dengan merujuk kepada ideologi, tingkah laku dan gaya hidup orang-orang Kerala sekiranya perlu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum mengkaji cadangan aktivis agar fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) dimasukkan dalam buku teks sejarah.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, hal ini bukan berniat mempromosikan perjuangan komunis sebaliknya lebih kepada maksud supaya komunis, kapitalis, demokrasi dan kleptokrasi difahami.
“Kita belum kaji lagi, orang lain yang cadang, bukan kita (kerajaan).
“Apa yang saya faham ia bukan bermaksud mempromosikan perjuangan komunis, kita kena faham apakah komunis?
“Kita bukan nak promosikan fahaman komunis, tapi kita kena tahu apa itu komunis, kapitalis, demokrasi, kleptokrasi, semua ini kita kena tahu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya.
Menurutnya, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia ada.
Katanya, golongan kiri turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.
Bercakap dalam forum ‘Perlukah Menulis Semula Buku Sejarah?’, Fadiah Nadwa berkata, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks sejarah bagi memberikan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara.
Sumber: Astro Awani
