
Raggie Jessy Rithaudeen
Berikut merupakan beberapa hakikat yang perlu difahami umum bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul berhubung rancangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggulingkan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad minggu ini dengan bantuan DAP:
1. Sememangnya terdapat dua pemimpin kanan UMNO yang bersekongkol dengan Anwar untuk menggulingkan kerajaan Mahathir biarpun tahu Anwar bersama DAP.
2. Walaubagaimanapun, terdapat khabar menyatakan kedua-dua pemimpin tersebut membuat pusingan-U apabila mendapat tahu Anwar tidak berjaya mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.
3. Saya menyambut baik perkara ini dan berharap tidak ada lagi usaha oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk memasuki kerajaan menerusi ‘backdoor’.
4. Anwar sememangnya berjaya mengumpul sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO, AMANAH, PKR, DAP dan Sarawak menerusi akuan-akuan bersumpah yang dibuat ahli-ahli parlimen tersebut.
5. Walaubagaimanapun, secara efektif, beliau tidak mempunyai sokongan majoriti lagi kerana pada ketika ini sahaja, sudah ada lebih 50 ahli parlimen yang telahpun membuat akuan bersumpah baru bagi membatalkan akuan sumpah pertama mereka dengan alasan-alasan tertentu.
6. Bukan semua Akuan bersumpah yang dimiliki orang-orang Anwar adalah asli, di mana terdapat salinan Akuan-Akuan bersumpah yang mungkin telah dipalsukan.
7. Boleh jadi Anwar mempunyai perancangan jahat menipu Yang di Pertuan Agong bahawa beliau sudah memperolehi sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).
8. Saya menyarakan agar semua pembaca menonton sidang media yang telah saya buat dua hari lepas (LIHAT DI SINI) dan menghayati segala apa yang telah diperkatakan.
9. Saya tetap akan menunggu sehingga 12 tengah hari esok sebelum membuat apa-apa kenyataan lanjut berkenaan perkara ini.
Sekian
