
‘تق سمڤأي 30 اهلي ڤرليمين امنو سوكوڠ محي الدين’ – سومبر
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Dakwaan kononnya 35 ahli parlimen UMNO bersetuju untuk terus menyokong pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga parlimen dibubarkan tidak memberi gambaran tepat persetujuan yang dicapai.
Menurut sumber, kesemua yang hadir dalam perjumpaan Jumaat lalu hanya bersetuju untuk untuk mempertahankan resolusi yang dicapai pada Perhimpunan Agong UMNO 2020 (PAU 2020).
Sepintas lalu, PAU 2020 yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2021 hanya menetapkan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ini tidak bermakna UMNO perlu terus bekerjasama dengan PPBM atau menyokong kerajaan sebelum Parlimen bubar, cuma apabila parlimen bubar, UMNO tidak dibenarkan membantu PPBM dan wajib berkempen secara berasingan.
Namun, apa yang belum diputuskan ialah tarikh Pilihan Raya Umum perlu diadakan.

Dakwaan kononnya 35 ahli parlimen UMNO bersetuju untuk terus menyokong pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga parlimen dibubarkan tidak memberi gambaran tepat persetujuan yang dicapai.
Menurut sumber, kesemua yang hadir dalam perjumpaan Jumaat lalu hanya bersetuju untuk untuk mempertahankan resolusi yang dicapai pada Perhimpunan Agong UMNO 2020 (PAU 2020).
“Bukan semua setuju kekal dengan kerajaan sampai 1hb Ogos. Tapi semua setuju kena ikut ketetapan PAU.
“Kat situlah timbul dakwaan 35 MP sokong Muhyiddin sampai Pilihan Raya. Tak betul tu,” katanya.
Apabila ditanya berapa ramai ahli parlimen yang benar-benar bersetuju untuk menyokong Muhyiddin sampai Parlimen bubar, sumber itu menjawab ringkas, “tak sampai pun 30.”
BACA JUGA: ORANG ZAHID TERDESAK MINTA ‘SERAH KUASA KEPADA UMNO’
Sepintas lalu, PAU 2020 yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2021 hanya menetapkan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Para perwakilan bersetuju bahawa PRU15 mesti diadakan dalam satu tempoh tertentu dari 1hb Ogos 2021 selepas darurat tamat atau satu tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan awal.
Bagaimana pun, tugas untuk menetapkan tempoh atau tarikh tersebut dilepaskan terus kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang seterusnya bersidang pada 25hb April 2021.
Namun, persidangan itu tidak membuat sebarang ketetapan berhubung tarikh Pilihan Raya Umum atau tarikh penarikan sokongan UMNO terhadap blok kerajaan.
Ini bermakna, ahli-ahli parlimen UMNO seharusnya berpaut pada resulusi yang dicapai ketika PAU 2020 dan kekal menyokong kerajaan selagi parlimen belum bubar atau selagi MKT belum membuat keputusan rasmi untuk menarik sokongan UMNO terhadap kerajaan.
Tetapi sebilangan kecil ahli parlimen yang masih bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengugut untuk menarik sokongan UMNO terhadap kerajaan.
Ini adalah sandiwara semata-mata, dan perkara ini sudah dijelaskan dalam artikel yang disertakan di bawah.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
‘Anak murid’ Anwar dah kena game, tak ada jalan keluar (Pendedahan Penuh)

