Azmin diberi kata dua untuk putuskan samada bersama Tun atau Anwar

Azmin harus membuat keputusan dalam kadar segera sekiranya yakin bahawa sokongan terhadap beliau mencukupi untuk menjatuhkan Anwar ataupun keluar terus dari PKR untuk meruntuhkan parti tersebut. Sumber (gambar): Fail TTF

Timbalan presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali perlu membuat keputusan dalam masa terdekat samada akan mencabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan presiden parti ataupun keluar dari PKR bersama penyokong-penyokongnya.

TTF difahamkan bahawa DZ (orang Mahathir) tidak mampu menunggu lagi dan sedang memberikan isyarat kepada Azmin untuk membuat keputusan secepat mungkin.

DZ turut sedang menguji Tommy Thomas bagi melihat sekiranya ‘ketuanya’, Lim Kit Siang, masih lagi berdegil dan ingin bersama Anwar ataupun akur Mahathir sudah menang.

Sekiranya Thomas memutuskan bahawa Azmin perlu ditahan reman tetapi menolak perlunya Anwar dan kuncu-kuncunya ditahan, karier beliau sebagai Peguam Negara dijangka berakhir tidak lama lagi.


PETALING JAYA: Timbalan presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali perlu membuat keputusan dalam masa terdekat samada akan mencabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan presiden parti ataupun keluar dari PKR bersama penyokong-penyokongnya.

Menurut maklumat, kata dua ini disampaikan oleh seorang dari kem Tun Dr Mahathir Mohamad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “DZ”) memandangkan sikap “acah tak acah” dan “suka wayang kulit” yang menjadi ‘trademark’ pemimpin-pemimpin PKR.

Pada 17 hb Julai 2019, TTF membongkarkan bahawa individu yang ditahan pihak polis setakat ini adalah dalang-dalang di sebalik penularan video seks yang diakui oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz melibatkan dirinya dan Azmin (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “video seks”) dan bukanya dalang utama yang merancang untuk menjerat mereka.


TTF menulis:

Sebelum video seks pertama tular pada 11hb Jun 2019, seorang individu dari kem Tun Dr Mahathir Mohamad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “the main mastermind” atau “DZ”) sengaja menyebarkan khabar angin berkenaan penularan yang bakal dilakukan agar individu-individu tertentu dari kem Dato’ Seri Anwar Ibrahim memulakan usaha ‘mengepung’ Haziq.

Haziq sebenarnya ditanam oleh DZ dan disogok oleh agen kepada kenalan rapat DZ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “HR”) untuk melakukan penularan video-video seks dengan pembayaran yang dikhabarkan bernilai antara RM14 hingga 15 juta.

Menurut sumber, Haziq setakat ini hanya menerima RM300 ribu daripada agen HR, di mana dana selebihnya hanya akan dibayar setelah semua urusan perundangan selesai.

Rancangan DZ berjaya, di mana sebaik sebelum penularan video pertama bermula, beberapa individu dari kem Anwar, termasuk mereka dari UMNO dan PKR, mula berkomunikasi dengan Haziq dan antara satu sama lain.

Adalah dipercayai bahawa Haziq telah menggunakan dana RM300 ribu atau sebahagian daripada dana tersebut untuk ‘menjerat’ beberapa individu bagi membantunya mengenakan Azmin, di mana individu-individu tersebut bersetuju membantunya menubuhkan sebuah bilik operasi.

Biarpun Azmin tahu identiti sebenar the main mastermind, beliau lebih menumpukan perhatian terhadap peranan yang dimainkan Anwar dan orang-orangnya dari dalam dan luar PKR dalam penyebaran dan penularan kerana tahu Anwar tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di parlimen dan PKR.

Ini memandangkan ramai penyokong Anwar marah kerana sebelum ini, apabila beliau dituduh meliwat, kesemua pemimpin PKR – termasuk Azmin sendiri – mengekalkan bahawa beliau tidak bersalah biarpun Mahkhamah sendiri menyabitkan kesalahan tersebut.

Malah, apabila Anwar berada di dalam penjara, kesemua pembiayaan melibatkan orang-orangnya ditanggung dan diuruskan oleh Azmin sendiri tanpa sebarang usaha untuk meracuni pemikiran mereka terhadap Anwar.

Apapun, Azmin teramat peka terhadap perkembangan semasa dan cukup tahu bahawa kedudukan beliau dalam PKR pada ketika ini kuat, lebih-lebih lagi apabila pemimpin parti sudah mula menggelarnya “Anwar 2.0” dan mendesak beliau mencabar Anwar menerusi EGM.

Justeru, beliau harus membuat keputusan dalam kadar segera sekiranya yakin bahawa sokongan terhadap beliau cukup untuk menjatuhkan Anwar ataupun keluar terus dari parti dan masuk PPBM.

TTF difahamkan bahawa DZ tidak mampu menunggu lagi dan sedang memberikan isyarat kepada Azmin untuk membuat keputusan secepat mungkin.

DZ turut sedang menguji Tommy Thomas bagi melihat sekiranya ‘ketuanya’, Lim Kit Siang, masih lagi berdegil dan ingin bersama Anwar ataupun akur Mahathir sudah menang.

Sekiranya Thomas memutuskan bahawa Azmin perlu ditahan tetapi menolak perlunya Anwar dan kuncu-kuncunya ditahan, karier beliau sebagai Peguam Negara dijangka berakhir tidak lama lagi.

THE THIRD FORCE


BACA JUGA:

This is how Mahathir will bring Anwar Ibrahim down (Part 1)

RJ Rithaudeen: This is how Mahathir may stay on as PM until GE15

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...