Bahagian Dua Belas: Pembentukan gabungan perpaduan baharu tanpa Anwar, puak kartel

“GNRT tahu, sebaik sahaja isu agihan kerusi antara UMNO-Bersatu, PAS, WARISAN, GPS dan serpihan-serpihan dari AMANAH dan PKR dimuktamadkan, tidak mustahil Muhyiddin (dengan sokongan Mahathir) akan bertindak mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi membenarkan rakyat menentukan siapa yang layak berkuasa”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam bahagian ke-sebelas siri ini, saya menceritakan bagaimana kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin amat memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini walaupun atas sebab-sebab berbeza.

Saya menulis:




Bagi Muhyiddin, seandainya beliau gagal berbaik semula dengan Mahathir dan mencapai kata sepakat berhubung beberapa perkara, tidak akan ada gabungan perpaduan baharu bagi menggantikan Perikatan Nasional yang dijangka akan runtuh pada bila-bila masa (rujuk bawah).

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Bagi Anwar pula, seandainya beliau gagal menjemput Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan, masa depan PKR dan DAP serta impian beliau (Anwar) untuk menjadi Perdana Menteri akan hancur berkecai sebaik sahaja Muhyiddin dan Mahathir berbaik semula.

Ya, suka tak suka, Mahathir merupakan ‘kingmaker’ dan amat diperlukan oleh kedua-dua pihak.

Sebagai kingmaker, beliau tidak perlu berbuat apa-apa melainkan “duduk dan lihat” sambil menunggu Anwar atau Muhyiddin untuk kembali bersamanya.

Pada ketika ini sahaja, terdapat beberapa pemimpin dari Perikatan Nasional sedang berkomunikasi dengan kem Mahathir berhubung langkah seterusnya yang wajar diambil.

Loading...

Apa yang pasti, Mahathir tidak sekali-kali akan berurusan dengan Anwar atas sebab-sebab yang akan saya teliti dalam bahagian akan datang.

Anwar sedar akan perkara ini dan kini berada dalam keadaan panik…

Anda turut boleh merujuk siri artikel di bawah (bermula dari bahagian sembilan) untuk mengkaji semua pertimbangan yang saya buat menjurus kepada kesimpulan di atas.

Sebenarnya, kesemua pendedahan ini menyebabkan sekumpulan kecil ahli parlimen dari UMNO (puak kartel) yang mewakili seorang pemimpin kanan parti mula risau rancangan untuk menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan berjaya.

Sebelum ini, saya berulang kali menceritakan bagaimana sikap puak kartel menyebabkan beberapa ahli parlimen dari PPBM hilang terus keyakinan terhadap kejujuran UMNO dan mula menyesal dengan tindakan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan.

Ahli-ahli parlimen ini sedang memikirkan masa depan mereka kerana tahu UMNO tidak sekali-kali akan melepaskan tiga puluh hingga empat puluh kerusi Dewan Rakyat kepada PPBM bila pilihan raya umum diadakan kelak.

Atas dasar inilah mereka memulakan komunikasi dengan beberapa individu dari kem Mahathir untuk membincangkan masa depan mereka, hala tuju PPBM dan kemungkinan terbentuknya sebuah gabungan perpaduan baharu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Pakatan Nasional” untuk tujuan perbincangan semata-mata).

Ahli-ahli parlimen ini tahu puak kartel sedang merancang untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum hujung tahun, mungkin juga selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Muhyiddin sendiri sudah hilang keyakinan terhadap kejujuran puak kartel dan tahu beliau tidak ada pilihan melainkan berbaik semula dengan Mahathir.

Menerusi bahagian ke-sepuluh dan ke-sebelas siri ini, saya menjelaskan bagaimana Muhyiddin dan Mahathir mampu membentuk Pakatan Nasional bersama majoriti ahli parlimen dari Sabah, Sarawak, UMNO (yang tidak bersama puak kartel, seramai 30 orang) dan PAS (yang bersekutu dengan ‘kepala’ kepada 30 orang berkenaan).

Gabungan ini sudah pasti akan disertai juga oleh bebrapa ahli parlimen dari AMANAH dan PKR (yang kini duduk atas pagar, termasuk Mohamad Sabu dan Tian Chua) yang sedia maklum Anwar tidak lagi diterima oleh majoriti pengundi Melayu-Islam.

Justeru, biar puak kartel tiba-tiba tidak jadi untuk ‘menumbangkan’ kerajaan persekutuan, PPBM sendiri akan mengorak langkah, cuma bukannya untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk membentuk Pakatan Nasional tanpa melibatkan puak kartel dan Anwar.

Inilah sebenarnya yang sedang merunsingkan fikiran seorang dua pemimpin kanan UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “GNRT”) yang menjadi kepala kepada puak kartel berkenaan.

GNRT tahu, seandainya mereka mengarahkan sekutu mereka dalam UMNO (seramai lapan ahli parlimen) untuk keluar dari Perikatan Nasional, kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak semestinya akan tumbang.

Ini kerana kebarangkalian untuk Muhyiddin dan Mahathir kembali bersatu dan membentuk Pakatan Nasional besama kesemua ahli parlimen yang saya sebutkan tadi amatlah tinggi.

Gabungan ini mampu dibentuk dengan mudah sekali, memandangkan kesemua yang terlibat tahu betapa rapuhnya Perikatan Nasional dan tidak yakin lagi dengan kejujuran puak kartel yang dilihat kemaruk kuasa dan kedudukan.

Malah, perbincangan ke arah pembentukan sebuah gabungan perpaduan baharu sudahpun bermula, di mana semua yang terlibat dalam perbincangan ini tidak ingin pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Mereka tahu, seandainya pilihan raya tercetus, sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus undi Melayu-Islam yang kini duduk bersama Perikatan Nasional akan beralih kepada Pakatan Nasional.

Peralihan ini akan disebabkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam terhadap puak kartel kerana menghancurkan Perikatan Nasional yang kini menjadi “mercu tanda kejayaan perjuangan Melayu-Islam ‘menghancurkan’ DAP.”

Pengundi Melayu-Islam turut akan berang dengan kepimpinan UMNO kerana mengaibkan Muhyiddin yang kini disanjung sebagai “abah” dan hero nasional atas jasanya menangani krisis Covid-19 dengan berkesan.

Jika PAS terlibat bersama, tidak mustahil peratusan undi yang beralih ke Pakatan Nasional akan mencecah angka 50, mungkin juga lebih.

Jadi pastilah semua yang terlibat akan cuba membentuk Pakatan Nasional terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pilihan raya umum.

Jangan sangka kesemua ini “andaian semata-mata,” kerana kita sudahpun melihat bagaimana Perikatan Nasional terbentuk tanpa sebarang perancangan teliti dalam sekelip mata sahaja.

Jangan lupa, peralihan dalam undi Melayu-Islam yang kecil sahaja mampu memberikan kuasa kepada Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14.

Dan janganlah pula kamu termakan propaganda sesetengah pihak kononnya undi Melayu-Islam pekat dengan Muafakat Nasional biar apapun yang terjadi.

GNRT tahu, dengan terbentuknya Pakatan Nasional, Muhyiddin akan memiliki sokongan majoriti yang jauh lebih besar dari sokongan yang dimilikinya menerusi Perikatan Nasional.

Asalkan ada sokongan ini, kerajaan persekutuan akan kekal bertahan dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri biarpun terdapat perubahan ketara dalam gabungan parti pemerintah.

Atas kesedaran inilah GNRT mengerahkan kuncu-kuncu mereka untuk memainkan propaganda dan memburukkan Muhyiddin dengan membidas tindakan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan.

GNRT sedar, sebaik sahaja isu agihan kerusi antara UMNO-Bersatu, PAS, WARISAN, GPS dan serpihan-serpihan dari AMANAH dan PKR dimuktamadkan, tidak mustahil Muhyiddin (dengan sokongan Mahathir) akan bertindak mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi membenarkan rakyat menentukan siapa yang layak berkuasa.

Jadi nyatalah misi GNRT ketika ini adalah untuk “memburukkan imej Muhyiddin” sejauh yang mungkin agar Melayu-Islam tidak akan marah lagi dengan UMNO (kerana meruntuhkan Perikatan Nasional) menjelang PRU ke-15.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

BAHAGIAN SATU HINGGA SEBELAS:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib

Anwar ingin masuk kembali UMNO

Adakah UMNO akan setuju terima keahlian Anwar?

Towards GE15 – its sooner than you think

Bahagian Sepuluh: Salah satu cara Muhyiddin boleh hapuskan ‘puak pengacau’ yang cuba runtuhkan kerajaan

 

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Sebelas): Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga

Rancangan gulingkan Muhyiddin sudah carca merba…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...