“Menerusi rakaman tersebut, pihak SPRM dan juga bekas ketuanya, Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, telah lama mengetahui bahawa Ambiga memberikan maklumat palsu kepada Clare berkenaan pembayaran RM90 juta oleh Najib hinggakan ianya menggangu-gugat keharmonian politik negara dan masyarakat umum”
Raggie Jessy Rithaudeen
Dato’ Ambiga Sreenevasan yang selama ini bertopengkan kebenaran, ketelusan dan keadilan semalam menonjolkan betapa hodohnya jiwa dan hati nurani beliau yang sebenar apabila mengalu-alukan pelantikan Lathefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Sebelum pilihanraya umum ke-14 (PRU-14), Ambiga giat mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan dakwaan kononnya berlaku begitu banyak kepincangan dalam urus tadbir negara hingga rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap kebolehan pucuk pimpinan BN berlaku adil.
Malangnya, apabila Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Latheefa, Ambiga terus bertindak memuji pilihan kerajaan tanpa menghiraukan janji manifesto Pakatan Harapan yang jelas melarang pelantikan tersebut.
RUJUK: Perlantikan Latheefa sehari sebelum raya amat mencurigakan
Apapun, pelantikan Latheefa diharap mampu menjurus kepada satu titik noktah bagi penyiasatan SPRM berhubung dakwaan kononnya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyogok kepimpinan tertinggi PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta yang dicuri dari 1MDB.
Dakwaan tersebut terkandung dalam satu artikel terbitan portal Sarawak Report dan menjurus kepada saman fitnah oleh presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang terhadap pemilik dan pengendali portal tersebut, Clare Rewcastle Brown, di Mahkhamah Tinggi London.
Setelah gagal mengemukakan sebarang bukti kepada hakim mahkhamah tersebut, pada 11hb Oktober 2017, Clare mendakwa bahawa tuduhan beliau bersandar secara langsung kepada beberapa maklumat yang diberikan kepadanya oleh Ambiga.
Dakwaan terbaru itu terkandung dalam satu dokumen rasmi bertajuk Defence and Counterclaim Statement (D&C) yang difailkan oleh peguam Clare di Mahkhamah Tinggi London
Sebaik sahaja Hadi membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan beiau terhadap Clare menerusi penyelesaian di luar mahkamah, saya membuat rujukan dengan beberapa peguam sebelum memutuskan untuk membuat satu laporan terhadap Ambiga di pejabat SPRM.
Justeru, pada 7hb Febuari 2019, saya membuat laporan di bu pejabat SPRM di Shah Alam dan meminta agensi tersebut menyiasat dua perkara, iaitu:
1. samada Ambiga mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta, dan
2. samada benar kenyataan yang terkandung dalam D&C Statement yang difailkan oleh peguam Clare di Mahkhamah Tinggi London pada 11hb Oktober 2017.
Dalam laporan tersebut, saya meminta pihak SPRM mengunakan segala apa kuasa yang diberikan kepada agensi tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang berkaitan untuk memaksa Ambiga menjawab dakwaan Clare terhadapnya.
Saya turut meminta pihak SPRM untuk menyiasat sekiranya Ambiga disogok oleh mana-mana pihak berkepentingan dengan wang habuan untuk membuat dakwaan palsu terhadap Najib, PAS dan Hadi dengan niat meregangkan hubungan antara UMNO dan PAS.
Apabila ditanya oleh seorang pegawai penyiasat bagaimana saya terlibat, saya mengesahkan mempunyai locus standi yang cukup kuat memandangkan nama saya turut dilacurkan oleh Clare dalam D&C Statement beliau dengan dakwaan kononnya saya merupakan ajen Hadi.
Saya kemudiannya menjelaskan kepada pegawai berkenaan bahawa Ambiga sememangnya merupakan kunci kepada segala penyiasatan SPRM berhubung dakwaan Clare terhadap Najib dan PAS.
Saya turut menjelaskan bahawa kenyataan Ambiga berserta bukti rakaman yang ada pada pihak SPRM mampu menyelesaikan segala apa siasatan berhubung isu RM90 juta dengan kadar segera, sekaligus membuktikan bahawa dakwaan Clare terhadap Najib, Hadi dan PAS adalah palsu.
Rakaman yang dimaksudkan merupakan rakaman audio perbualan di antara Clare dan Ambiga yang telah diserahkan secara rasmi kepada unit perisik Special Branch di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Menerusi rakaman tersebut, pihak SPRM dan juga bekas ketuanya, Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, telah lama mengetahui bahawa Ambiga memberikan maklumat palsu kepada Clare hinggakan ianya menggangu-gugat kestabilan politik negara serta keharmonian masyarakat umum.
Rakaman tersebut turut berserta teks-teks perbualan dan komunikasi lain yang berlaku di antara Ambiga dan Clare dan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua mereka berkomplot untuk merekacipta satu konspirasi palsu dengan dakwaan kononnya Najib membayar pemimpin-pemimpin tertentu PAS RM90 juta dengan niat ‘membeli’ sokongan mereka.
Untuk makluman, pihak SB telah mengetahui sejak bertahun-tahun lamanya setiap gerak-geri Clare menerusi seorang ajen perisik yang ditanam oleh SB di dalam satu kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan kenalan Clare di United Kingdom (UK).
Disebabkan ajen tersebut, pihak SB mengetahui segala apa yang dirancang Clare bersama Ambiga dan Khairuddin Abu Hassan dan telah mengetahui sejak sebelum 2015 lagi bahawa beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib oleh Clare melibatkan satu konspirasi yang terancang.
Malangnya, sehingga kini, siasatan pihak SPRM masih belum menemui titik noktah biarpun sudah empat bulan laporan saya dibuat.
Pada 24hb Febuari 2019, Shukri mengumumkan bahawa hasil siasatan pihaknya tidak menemui sebarang kemasukan dana dari 1MDB ke dalam akaun PAS.
Pada tafsiran saya, kenyataan beliau merujuk kepada satu laporan Malaysiakini bertarikh 12hb Febuari 2019 yang mendakwa kononnya pihak SPRM meneliti akaun bank PAS dan mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke dalam akaun tersebut.
Apapun, saya amat tertarik dengan penggunaan frasa “setakat ini” dalam kenyataan beliau berkenaan penelitian pihak SPRM terhadap akaun bank PAS.
Frasa ini membawa maksud “penelitian masih belum selesai” biarpun pihak SPRM pada ketika itu sudah berminggu lamanya menjalankan siasatan berdasarkan laporan saya.
Persoalannya, apakah begitu sukar bagi pihak SPRM mendapatkan maklumat terperinci dari Bank Negara dan pihak lain yang berkenaan mengenai penyaluran dana ke dalam akaun PAS?
Apakah begitu sukar bagi pihak SPRM serta pegawai yang mengambil kenyataan dari saya untuk menyiasat sekiranya Ambiga menipu Clare dan menerima habuan berbentuk wang suapan bagi melakukan penipuan tersebut?
Bukankah aneh pihak SPRM tidak pernah membekukan akaun Ambiga bagi menjalankan siasatan sedangkan akaun cucu Najib pun dibekukan sejurus selepas berakhirnya pilihanraya umum ke-14?
Bolehkah kita menaruh harapan terhadap Latheefa untuk meletakkan titik noktah pada penyiasatan SPRM terhadap isu RM90 juta biarpun tahu bahawa beliau sememangnya merupakan kenalan rapat Ambiga dan pernah menyerang Rafizi Ramli apabila naib-presiden PKR tersebut membongkarkan penglibatan Ambiga dalam Langkah Kajang?
Bersambung…
ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN:
Anwar mengesahkan Hadi merupakan mangsa fitnah Ambiga dalam isu RM90 juta
KENYATAAN MEDIA: SAYA AKAN ‘MENELANJANGKAN’ AMBIGA SREENEVASAN MENERUSI PENDEDAHAN-PENDEDAHAN MEDIA
