Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Sebelas): Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga

“Pada ketika ini sahaja, terdapat beberapa pemimpin dari Perikatan Nasional sedang berkomunikasi dengan kem Mahathir berhubung langkah seterusnya yang wajar diambil. Apa yang pasti, Mahathir tidak sekali-kali akan berurusan dengan Anwar atas sebab-sebab yang akan saya teliti dalam bahagian akan datang”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam bahagian ke-sepuluh siri ini, saya merungkai salah satu opsyen yang ada pada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan kerajaan persekutuan di bawah pentadbirannya tidak tumbang dan kekal berkuasa sehingga beliau sendiri bersedia untuk bubarkan parlimen.




Syaratnya, Muhyiddin perlu berbaik semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mencapai kata sepakat berhubung struktur pentadbiran persekutuan seandainya Mahathir bersetuju untuk membawa puak penyokongnya bersama dalam gabungan perpaduan baharu.

Saya mengakhiri bahagian ke-sepuluh dengan menulis:

18. Dalam sekelip mata, sepertimana Datuk Seri Azmin Ali mencetuskan langkah Sheraton, tidak mustahil Muhyiddin dan Mahathir akan mencetuskan suatu perubahan mendadak dalam gabungan puak pemerintah dengan majoriti yang jauh lebih kukuh daripada yang sedia ada.

19. Bukan hanya ini akan membenarkan Muhyiddin mencantas rancangan puak kartel untuk menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, gabungan baharu yang bakal terbentuk tidak melibatkan perubahan dalam kerajaan pusat, cuma pencaturan semula sokongan majoriti dalam parlimen.

20. Kesemua ini tidak akan mencetuskan kemelut politik sepertimana yang berlaku pada penhujung bulan Febuari dan tidaklah melibatkan Yang di-Pertuan Agong selagi Muhyiddin tidak letak jawatan atau menasihati Baginda Tuanku untuk membubarkan parlimen.

21. Dalam senario ini, karier politik kedua-dua DAP dan Anwar akan berkubur sekali dengan puak kartel buat selama-lamanya, manakala undi majoriti umat Islam dan sebilangan besar mereka yang bukan beragama Islam akan bersama gabungan perpaduan yang baharu ini.

Anda boleh rujuk artikel berkenaan (bawah) untuk mengkaji pertimbangan-pertimbangan yang dibuat dan bagaimana ianya mirip perancangan asal Mahathir untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang hanya bersandar kepada keahlian dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, bukannya parti.

Loading...

Bahagian Sepuluh: Salah satu cara Muhyiddin boleh hapuskan ‘puak pengacau’ yang cuba runtuhkan kerajaan

Pokoknya, untuk berjaya, Muhyiddin amat perlu sokongan daripda 26 hingga 31 ahli parlimen yang kini tegar bersama Mahathir.

Menerusi sokongan ini, PPBM mampu membentuk sebuah gabungan perpaduan baharu bersama PAS, WARISAN, GPS dan majoriti ahli parlimen dari UMNO (yang tidak bersama puak kartel, seramai 30 orang), Sabah dan Sarawak.

Malah, beberapa ahli parlimen dari PKR dan AMANAH yang kini duduk atas pagar, termasuk Mohamad Sabu dan Tian Chua, dijangka akan bersama dengan gabungan berkenaan selagi ianya tidak melibatkan puak kartel dari UMNO.

Begitu juga ceritanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam bahagian ke-sembilan, saya memperinci sebab sebenar Anwar tidak mampu menjalin usahasama politik bersama Muhyiddin dan UMNO ataupun memikat GPS agar menyertai Pakatan Harapan.

Justeru, satu-satunya opsyen yang ada pada Anwar adalah untuk berbaik semula dengan Mahathir dan menggunakan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada ahli-ahli parlimen yang tegar bersama Mahathir untuk menjatuhkan Muhyiddin menerusi undi tidak percaya.

Untuk berjaya, Anwar tidak ada pilihan melainkan menjemput Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan dengan persetujuan bahawa Mahathir akan dicalonkan bagi jawatan Perdana Menteri seandainya kerajaan pimpinan Muhyiddin tumbang.

Jadi nyata di sini, kedua-dua Anwar dan Muhyiddin amat memerlukan Mahathir pada ketika ini walaupun atas sebab-sebab berbeza.

Bagi Muhyiddin, seandainya beliau gagal berbaik semula dengan Mahathir dan mencapai kata sepakat berhubung beberapa perkara, tidak akan ada gabungan perpaduan baharu bagi menggantikan Perikatan Nasional yang dijangka akan runtuh pada bila-bila masa (rujuk bawah).

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

Bagi Anwar pula, seandainya beliau gagal menjemput Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan, masa depan PKR dan DAP serta impian beliau (Anwar) untuk menjadi Perdana Menteri akan hancur berkecai sebaik sahaja Muhyiddin dan Mahathir berbaik semula.

Ya, suka tak suka, Mahathir merupakan ‘kingmaker’ dan amat diperlukan oleh kedua-dua pihak.

Sebagai kingmaker, beliau tidak perlu berbuat apa-apa melainkan “duduk dan lihat” sambil menunggu Anwar atau Muhyiddin untuk kembali bersamanya.

Pada ketika ini sahaja, terdapat beberapa pemimpin dari Perikatan Nasional sedang berkomunikasi dengan kem Mahathir berhubung langkah seterusnya yang wajar diambil.

Apa yang pasti, Mahathir tidak sekali-kali akan berurusan dengan Anwar atas sebab-sebab yang akan saya teliti dalam bahagian akan datang.

Anwar sedar akan perkara ini dan kini berada dalam keadaan panik…

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

BAHAGIAN SATU HINGGA SEPULUH:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib

Anwar ingin masuk kembali UMNO

Adakah UMNO akan setuju terima keahlian Anwar?

Towards GE15 – its sooner than you think

Bahagian Sepuluh: Salah satu cara Muhyiddin boleh hapuskan ‘puak pengacau’ yang cuba runtuhkan kerajaan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...