Mengapa politik bergolak lagi, sampai bila pemimpin Melayu-Islam nak bergaduh?

“Saya akan menghuraikan artikel ini dengan lebih lanjut menerusi satu sesi live pukul 9 malam ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI) dan beberapa saluran lain”

Raggie Jessy Rithaudeen

Menerusi bahagian pertama hingga ke dua belas siri ini (rujuk bawah), saya telah menceritakan perkembangan-perkembangan penting dalam dunia politik tanah air menjurus kepada pergelutan kuasa yang sedang berlaku pada ketika ini.

Ini termasuklah peristiwa-peristiwa yang menjurus kepada Langkah Sheraton, percaturan politik melibatkan sekumpukan kecil pemimpin UMNO (puak kartel) dan opsyen-opsyen yang ada pada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Sepintas lalu, pergolakan politik dan pergelutan kuasa yang sedang berlaku pada ketika ini telah dirancang begitu lama oleh puak kartel (yang cenderung kepada seorang pemimpin kanan UMNO), di mana niat utama puak ini adalah untuk memegang tampuk kepimpinan negara biar siapa pun yang perlu dipijak atau diperkudakan.

Ahli-ahli puak ini memiliki sokongan kurang dari sepuluh ahli parlimen UMNO dan telah merancang dari awal untuk membentuk gabungan baharu bersama Muhyiddin sebelum meruntuhkan gabungan berkenaan bagi mencetuskan Pilihan Raya Umum ke 15.

Langkah-langkah yang diambil oleh puak ini adalah seperti berikut:

1. Memerangkap Datuk Seri Azmin Ali dan menggunakannya untuk memerangkap Muhyiddin

2. Memperkudakan Muhyiddin dan Azmin untuk memecahkan PPBM dan PKR menerusi pembentukan gabungan ‘perpaduan’ baharu, dan

3. Mencetusakan perbalahan dalam gabungan berkenaan sebelum meruntuhkannya agar Pilihan Raya Umum diadakan

Perkara satu dan dua telah saya huraikan dengan lengkap menerusi bahagian satu hingga enam siri ini yang boleh anda rujuk menerusi pautan-pautan yang disediakan di hujung bawah.

Loading...

Pada peringkat awal, puak kartel menjangkakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada UMNO dan PAS sekiranya Pilihan Raya Umum tercetus secara mengejut dengan syarat PPBM dan PKR dapat dipecahkan.

Tetapi andaian ini nyata terlalu ‘idealistik’ dan akhirnya memakan diri puak kartel, yang kini dapat rasakan betapa tersasarnya perancang strategik mereka dari landasan kebenaran kerana terlalu yakin ahli-ahli parlimen dari PPBM akan bersetuju untuk bersama UMNO menerusi parti baharu UMNO-Bersatu.

Bukan hanya majoriti ahli parlimen dari PPBM sudah tahu akan rancangan sulit puak kartel, sebilangan mereka telah lama berkomunikasi dengan beberapa individu dari kem Mahathir bagi membincangkan hala tuju PPBM, masa depan parti dan masa depan diri mereka sendiri.

Ahli-ahli parlimen ini tahu puak kartel akan memijak sesiapa sahaja – temasuk orang-orang mereka sendiri – demi mencapai matlamat peribadi dan tidak pernah terfikir untuk ‘mengorbankan’ kerusi UMNO untuk ditandingi oleh calon PPBM atas dasar “perjuangan bersama” menerusi Perikatan Nasional.

Ya, majoriti ahli parlimen PPBM, termasuk Muhyiddin sendiri, sudah rasa tertipu dan sedar masa depan mereka dalam politik akan musnah sebaik sahaja parlimen dibubarkan jika mereka tidak mengorak langkah untuk berbaik semula dengan Mahathir.

Atas dasar inilah Mahathir kini bergelar ‘kingmaker’ kerana memiliki sokongan padu 26 hingga 30 ahli parlimen dari PPBM, WARISAN dan Sarawak.

Kedua-dua Muhyiddin dan Anwar amat memerlukan sokongan 26 hingga 30 ahli parlimen ini walaupun atas sebab-sebab yang berbeza (rujuk bawah).

Rancangan gulingkan Muhyiddin sudah carca merba…

Bagi Anwar, seandainya beliau gagal menjemput Mahathir kembali menerajui Pakatan Harapan, masa depan PKR dan DAP serta impian beliau (Anwar) untuk menjadi Perdana Menteri akan hancur berkecai sebaik sahaja Muhyiddin dan Mahathir berbaik semula.

Muhyiddin pula cukup sedar masa depannya sebagai Perdana Menteri akan menemui jalan buntu sekiranya beliau berdegil untuk terus kekal bersama UMNO.

Jadi jelas di sini bahawa Perikatan Nasional tidak mungkin akan bertahan lama biar apa pun kesudahan usul undi tidak percaya Mahathir terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Ya, umum perlu pandai ‘membaca’ tindak tanduk Mahathir dan jangan hanya melihat satu-satu perkembangan secara “face value” atau percaya bahawa Mahathir memang ingin menang usul undi berkenaan.

Puak kartel sedar akan perkara ini dan tahu rancangan mereka sudah gagal – sekalipun mereka tidak cuba untuk tumbangkan Perikatan Nasional, ahli-ahli parlimen dari PPBM pasti akan berbuat demikian seandainya rancangan mereka untuk membentuk gabungan perpaduan baharu berjaya.

Gabungan ini dijangka akan melibatkan majoriti ahli parlimen dari UMNO (lebih kurang 30 ahli parti), PAS (yang bersekutu dengan ‘kepala’ kepada 30 ahli berkenaan) WARISAN, Sarawak dan beberapa ahli parlimen dari AMANAH yang sanggup bekerjasama asalkan tiada penglibatan Anwar atau puak kartel.

Dan seandainya puak kartel cuba juga untuk menumbangkan Perikatan Nasional, ianya hanya akan mempercepatkan lagi proses pembentukkan gabungan baharu ini memandangkan PPBM sudah cukup tidak yakin dengan UMNO dan tidak sekali-kali akan bersetuju untuk memasuki Pilihan Raya Umum sebagai sekutu puak kartel.

Pada 4hb Mei 2020, saya menulis:

Gabungan ini mampu dibentuk dengan mudah sekali, memandangkan kesemua yang terlibat tahu betapa rapuhnya Perikatan Nasional dan tidak yakin lagi dengan kejujuran puak kartel yang dilihat kemaruk kuasa dan kedudukan.

Malah, perbincangan ke arah pembentukan sebuah gabungan perpaduan baharu sudahpun bermula, di mana semua yang terlibat dalam perbincangan ini tidak ingin pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Mereka tahu, seandainya pilihan raya tercetus, sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus undi Melayu-Islam yang kini duduk bersama Perikatan Nasional akan beralih kepada Pakatan Nasional.

Peralihan ini akan disebabkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam terhadap puak kartel kerana menghancurkan Perikatan Nasional yang kini menjadi “mercu tanda kejayaan perjuangan Melayu-Islam ‘menghancurkan’ DAP.”

Pengundi Melayu-Islam turut akan berang dengan kepimpinan UMNO kerana mengaibkan Muhyiddin yang kini disanjung sebagai “abah” dan hero nasional atas jasanya menangani krisis Covid-19 dengan berkesan.

Jika PAS terlibat bersama, tidak mustahil peratusan undi yang beralih ke gabungan baharu akan mencecah angka 50, mungkin juga lebih.

Jadi pastilah semua yang terlibat akan cuba membentuk gabungan baharu terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pilihan raya umum.

Jangan sangka kesemua ini “andaian semata-mata,” kerana kita sudahpun melihat bagaimana Perikatan Nasional terbentuk tanpa sebarang perancangan teliti dalam sekelip mata sahaja.

Jangan lupa, peralihan dalam undi Melayu-Islam yang kecil sahaja mampu memberikan kuasa kepada Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14.

Dan janganlah pula kamu termakan propaganda sesetengah pihak kononnya undi Melayu-Islam pekat dengan Muafakat Nasional biar apapun yang terjadi.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut huraian ini menerusi bahagian ke-xx hingga ke xxx siri ini (bawah).

Selebihnya akan saya huraikan menerusi satu sesi live pukul 9 malam ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI) dan beberapa saluran lain.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

BAHAGIAN SATU HINGGA SEBELAS:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib

Anwar ingin masuk kembali UMNO

Adakah UMNO akan setuju terima keahlian Anwar?

Towards GE15 – its sooner than you think

Bahagian Sepuluh: Salah satu cara Muhyiddin boleh hapuskan ‘puak pengacau’ yang cuba runtuhkan kerajaan

 

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Sebelas): Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga

Rancangan gulingkan Muhyiddin sudah carca merba…

Rancangan gulingkan Muhyiddin sudah carca merba…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...