SPRM mengesahkan peguam Clare Brown terlibat dengan pengubahan wang haram RM1.4 juta

“Ini membuktikan bahawa Bank Negara dan Maybank Jalan Tun Razak turut terlibat bersama dengan Americk – samada secara langsung atau tidak langsung – dalam konsprasi penyaluran wang haram merentasi sempadan memandangkan bank-bank tersebut gagal menghubungi Hadi untuk dapatkan kepastian”

Raggie Jessy Rithaudeen

Nota: Pendedahan ini, biarpun panjang, merupakan satu pendedahan penting yang harus diperinci setiap pembaca The Third Force kerana ianya merungkai segala apa yang ditemui pihak SPRM dalam siasatan suruhanjaya tersebut terhadap dakwaan kononnya Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepada pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, iaitu Clare Rewcastle Brown.

Saudara-saudari sekalian,

Pada 27hb Mac 2019, kita disajikan dengan satu berita penting berkenaan penemuan-penemuan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kononnya Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang membayar RM1.4 juta kepada pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, iaitu Clare Rewcastle Brown.

Untuk makluman, dakwaan tersebut mula-mula dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dua hari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenyih, yang menyaksikan pucuk pimpinan PAS dan UMNO berganding bahu untuk membantu kempen pilihanraya calon Barisan Nasional.




Menurut Anwar, bayaran dana RM1.4 juta tersebut oleh Hadi merupakan sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkhamah yang di buat oleh Clare dengan Presiden PAS tersebut dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Hadi terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London.

Berikutan itu, pada hari yang sama, Clare mengesahkan bahawa beliau sememangnya menerima bayaran RM1.4 juta daripada Hadi bagi memenuhi sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkhamah yang dipersetujui mereka untuk menyelesaikan kes saman Hadi terhaapnya di luar mahkamah.

Bagaimanapun, Clare menjelaskan bahawa bayaran tersebut bukan sebahagian daripada perintah mahkamah, memandangkan hakim yang terlibat tidak pernah mengarahkan Hadi untuk membayar sebarang kos kerana bayaran tersebut sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili Sarawak Report, iaitu seorang peguam Malaysia yang bernama Americk Sidhu.

Ini satu pembohongan.

Saudara-saudari sekalian,

Sepertimana yang telah saya jelaskan menerusi terbitan The Third Force bertarikh 11hb Mac 2019 (lihat di bawah), bayaran dana RM1.4 juta yang dimaksudkan Clare dilakukan oleh seorang yang bernama Dato’ Dr Rameli Musa atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir sudah mempunyai bukti cukup untuk menguburkan Anwar bersama Rameli

Tujuan Mahathir mengarahkan Rameli berbuat demikian adalah bagi membiayai kos guaman Clare di London agar pengendali portal Sarawak Report tersebut mampu menyelesaikan kes saman Hadi terhadapnya di luar mahkhamah.

Untuk makluman, bukan hanya Hadi tidak terlibat dengan bayaran tersebut, persetujuan rasmi untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap Clare di luar mahkhamah jelas memperinci bahawa tiada pembayaran kos membabitkan mana-mana pihak.

Malah, surat yang dikemukakan oleh Clare sebagai bukti bahawa Hadi menyalurkan dana RM1.4 juta kepadanya merupakan surat peribadi yang ditujukan oleh beliau sendiri kepada Pengurus Maybank Jalan Tun Razak.

Bukan hanya surat tersebut tidak melibatkan Hadi mahupun peguam-peguam Hadi, ianya tidak merangkumi sebahagian daripada “bundle” dokumen yang disertakan oleh peguam-peguam Clare dan Hadi semasa memfailkan persetujuan menyelesaikan kes di luar mahkhamah dengan Mahkhamah Tinggi London.

Saudara-saudari sekalian,

Anda sedia maklum, bahawa pada 4hb Mac 2019, saya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) di daerah Subang Jaya, Selangor bagi meminta pihak polis menyiasat penglibatan Rameli dalam satu konspirasi yang cukup jahat bagi menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta merentasi sempadan ke dalam akaun bank milik Clare di United Kingdom (UK).

Dalam laporan tersebut, saya turut menamakan Americk, Bank Negara Malaysia dan Maybank Jalan Tun Razak sebagai pihak-pihak yang bersubahat dengan Rameli untuk mengelirukan bank pusat di UK dengan memberikan maklumat palsu kepada bank tersebut.

Saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa dana RM1.4 juta yang diterima Clare disalurkan oleh Rameli ke dalam akaun bank milik anak guam Americk, iaitu peguam kepada Clare Rewcastle Brown, sebelum iannya disalurkan ke dalam akaun bank Clare yang berpusat di London.

Sebaik sahaja laporan dibuat, dalam tempoh beberapa ketika, saya diberitahu oleh pegawai penyiasat (IO) yang berkenaan bahawa laporan saya bakal ‘dipindahkan’ ke SPRM biarpun pihak polis pada ketika itu masih belum membuka kertas siasatan mahupun memfailkan laporan tersebut di bawah seksyen yang sesuai.

Saya dimaklumkan bahawa pihak SPRM bakal menyiasat Rameli di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) kerana disyaki menyalurkan dana bernilai RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan ke UK.

Berdasarkan maklumat yang diberi, saya menyimpulkan bahawa pihak PDRM bersetuju agar Rameli disiasat terlebih dahulu oleh pihak SPRM di bawah Akta 613 sebelum PDRM memulakan siasatannya sendiri.

Menurut apa yang saya difahamkan, berikut merupakan penemuan-penemuan yang dibuat oleh pihak SPRM berserta dengan kesimpulan-kesimpulan yang telah saya buat (dalam biru, bertanda “RJR”) berdasarkan maklumat yang diberi kepada saya dan menerusi kajian saya sendiri:

Penemuan-penemuan yang dibuat SPRM dalam kes RM1.4 juta

Penemuan 1: MAC telah mengesahkan bahawa Rameli Musa merupakan orang yang menyalurkan dana bernilai RM1.4 juta kepada Clare Rewcastle Brown.

RJR: Ini sekalius membuktikan bahawa pendedahan-pendedahan yang saya buat setakat ini adalah sah.

Penemuan 2: SPRM mengesahkan bahawa Rameli menandatangani cek bernilai RM1.4 juta di hadapan peguam Clare, iaitu Americk Singh Sidhu.

Penemuan 3: SPRM mengesahkan bahawa Americk mengaku menyaksikan Rameli menandatangani cek tersebut.

RJR: Penemuan 2 dan 3 membuktikan bahawa dakwaan saya berkenaan penglibatan Americk secara langsung dalam proses penyediaan cek RM1.4 juta turut sah.

Penemuan 4: SPRM mengesahkan bahawa Americk menyediakan satu perjanjian bertulis antara Clare dan Rameli (kemudian dari ini dirujuk sebagai “perjanjian RM1.4 juta) menyatakan bahawa bayaran RM1.4 juta yang diterima oleh Clare merupakan sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkamah antara Clare dan Hadi bagi kes saman fitnah yang dibawa oleh Hadi terhadap Clare di Mahkhamah Tinggi London.

Penemuan 5: SPRM mengesahkan bahawa tujuan sebenar perjanjian RM1.4 juta dibuat adalah bagi membolehkan Clare dan Rameli mendapat kelulusan Bank Negara untuk membawa RM1.4 juta dari Malaysia ke UK dan untuk memenuhi kehendak pihak berkuasa di UK agar tidak berlaku komplikasi dengan pejabat cukai di sana.

RJR: Ini sejajar dengan dakwaan saya bahawa wang yang sebegitu banyak tidak mungkin dapat disalurkan dari Malaysia ke UK tanpa melibatkan bank-bank pusat kedua-dua negara tersebut.

Penemuan 4 dan 5 sekaligus membuktikan bahawa bukan hanya Americk mengaku mewakili kedua-dua Rameli dan Clare, beliau mengisytiharkan kepada kedua-dua bank pusat di Malaysia dan UK, samada secara langsung atau tidak langsung, bahawa dana RM1.4 juta yang disalurkan kepada Clare merupakan bayaran yang berasal dari Hadi.

Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan pengisytiharan terbuka yang dibuat oleh Clare dan Americk di media tempatan bahawa pembayaran dana tersebut sememangnya berasal dari Hadi dan dibuat menerusi khidmat bantuan Rameli.

Penemuan 6: SPRM mengesahkan bahawa arahan untuk menyediakan perjanjian RM1.4 juta untuk ditandatangani oleh Rameli dan Clare dikeluarkan oleh Clare sendiri.

RJR: Ini membuktikan bahawa Americk, yang sebelum ini hanya merupakan peguam Clare dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Sultanah Terengganu terhadap pemilik portal Sarawak Report tersebut, dilantik oleh Clare bagi mewakilinya agar dana RM1.4 juta dapat disalurkan ke dalam akaun peribadinya di UK.

Penemuan 7: SPRM mengesahkan bahawa Hadi tidak pernah bertemu dengan Americk, dan sepanjang masa ini, Americk hanya berurusan dengan Rameli dan Clare.

RJR: Ini membuktikan bahawa Americk membuat pengisytiharan palsu (bagi pihak Rameli dan Clare) kepada bank-bank pusat di Malaysia dan di UK agar kedua-dua bank tersebut keliru dan tidak tahu bahawa dana yang disalurkan ke dalam akaun bank Clare merupakan wang haram.

Penemuan 8: SPRM mengesahkan bahawa Hadi tidak terlibat dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Rameli dan Clare dan tidak pernah menandatangani perjanjian tersebut.

RJR: Ini membuktikan bahawa Bank Negara dan Maybank Jalan Tun Razak turut terlibat bersama Americk – samada secara langsung atau tidak langsung – dalam konsprasi penyaluran wang haram merentasi sempadan memandangkan kedua-dua bank tersebut gagal menghubungi Hadi untuk dapatkan kepastian.

Penemuan 9: SPRM mengesahkan bahawa mereka telah melihat perjanjian penyelesaian di luar mahkamah antara Hadi dan Clare dan mendapati bahawa tidak ada kos yang terlibat.

RJR: Ini sejajar dengan pendedahan saya berkenaan“bundle” dokumen yang disertakan oleh peguam-peguam Clare dan Hadi semasa memfailkan persetujuan menyelesaikan kes di luar mahkhamah dengan Mahkhamah Tinggi London (rujuk yang berkenaan di atas).

Penemuan 10: SPRM mengesahkan bahawa satu-satunya jenayah yang dilakukan adalah jenayah membuat pengisytiharan palsu bahawa dana RM1.4 juta yang disalurkan kepada Clare merangkumi sebahagian dari perjanjian penyelesaian kes di luar mahkamah.

RJR: Di sini sahaja, jelas dapat dilihat bahawa Rameli, Americk, Clare, Bank Negara dan Pengurus Maybank Jalan Tun Razak telah bersekongkol dalam kapsiti-kapasiti tertentu untuk memperdaya bank pusat dan juga pihak berkuasa di UK agar wang haram dapat disalurkan merentasi sempadan ke negara tersebut.

Penemuan 11: SPRM mengesahkan bahawa Hadi tidak melakukan apa-apa jenayah atau terlibat dengan jenayah menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta merentasi sempadan.

RJR: Ini sekaligus membuktikan bahawa segala dakwaan palsu yang dibuat oleh Clare, Americk dan Anwar secara terbuka terhadap Hadi adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat agar segala usaha PAS dan UMNO untuk bekerjasama sentiasa menemui jalan buntu.

Penemuan 12: SPRM mengesahkan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak membayar RM90 juta kepada Hadi dan (atau) mana-mana pemimpin PAS yang lain.

RJR: Ini sejajar dengan dakwaan saya selama ini bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan bersekongkol dengan Clare untuk mengaibkan Najib dan Hadi agar segala usaha kedua-dua pemimpin tersebut untuk mengeratkan lagi hubungan antara PAS dan UMNO tidak berjaya.

Penemuan 13: SPRM mengesahkan bahawa tidak ada asas untuk menangkap dan mendakwa Hadi di mahkhamah samada atas tuduhan melibatkan bayaran wang sogokan RM90 juta ataupun tuduhan melibatkan penyaluran dana RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan.

RJR: Tetapi pihak SPRM sudah mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk mendakwa Rameli, Americk, pegawai-pegawai Bank Negara yang berkaitan dan juga Pengurus Maybank Jalan Tun Abdul Razak di mahkhamah atas tuduhan menyalurkan dana RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan ke UK.

Pihak SPRM turut mempunyai bukti bahawa kesemua yang dinamakan bersekongkol samada secara langsung atau tidak langsung untuk menipu bank pusat dan pihak berkuasa di UK agar Clare mampu elakkan diri daripada membayar cukai.

Penemuan 14: SPRM mencadangkan agar tiada tindakan selanjutnya (NFA) diambil.

RJR: Sekiranya cadangan SPRM terhad kepada Hadi dan Najib, ianya tepat dan sejajar dengan peruntukan-peruntukan perundangan yang sedia ada.

Tetapi sekiranya cadangan SPRM turut melibatkan Rameli, Americk, pegawai-pegawai Bank Negara dan juga Pengurus Maybank Jalan Tun Abdul Razak, ianya merupakan jenayah di sisi undang-undang memandangkan pihak SPRM membenarkan mereka yang disyaki terlibat dalam konspirasi menyalurkan wang haram merentasi sempadan terlepas dari kancah undang-undang.

Penemuan 15: SPRM mengesyorkan bahawa pengumuman dibuat bagi mengesahkan bahawa kes itu ditandakan NFA kerana bukti tidak konklusif.

RJR: SPRM turu perlu mengumumkan tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap kesemua yang dinamakan atas tuduhan bersubahat untuk menyalurkan wang haram merentasi sempadan ke UK.

Bersambung…


ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN

RM1.4 juta merupakan pembayaran wang haram oleh kroni Tun Mahathir ke Clare Brown

RAMELI MUSA MERUPAKAN RAKAN PERNIAGAAN DAIM DAN MOKHZANI MAHATHIR

Polis diberitahu Clare terlibat pengubahan wang haram RM1.4 juta

Anwar dan kuncu-kuncunya bakal dicantas Mahathir menerusi kelalaian Rameli Musa


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gerakan Bangsa Nasional

The Third Force (Telegram)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...