“Muhyiddin dikatakan sudah membuat keputusan untuk bersara dari dunia politik atas faktor kesihatan dan berhajat untuk ‘memperbetulkan’ keadaan dengan melupakan segala persengketaan antara beliau dengan Najib”
Raggie Jessy Rithaudeen
بهاڬين انم بلس: نجيب چالون ڤردان منتري ك-9
Siri ini sudah memasuki bahagian ke-16, dan sehingga kini, saya kekal dengan naratif kewujudan puak kartel dalam UMNO yang menunggang Datuk Seri Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk agenda jangka sederhana ‘menakluki’ kerajaan persekutuan.
Walaubagaimanapun, ada juga pendapat yang menyatakan Muhyiddin sebenarnya mempunyai agendanya tersendiri, di mana beliau memperkudakan Azmin untuk mencapai matlamatnya mengembalikan UMNO ke tampuk kepimpinan negara.
Ada dua versi cerita ini, dan saya kurang yakin dengan kedua-duanya atas beberapa sebab.
Biarpun begitu, saya tetap akan menceritakannya kepada anda semua bermula dengan versi pertama dalam bahagian ini dan versi seterusnya menerusi bahagian ke-17.
Ini adalah atas dasar memberi peluang kepada semua pembaca untuk membuat penilaian sendiri agar saya tidak dituduh “syok sendiri.”
Versi Pertama:
Muhyiddin dari awal tidak berpuas hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak memberi peluang kepadanya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Beliau rasa kecewa kerana begitu lama mengatur strategi dari dalam UMNO untuk menyahstabilkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hinggakan beliau dipecat dari parti atas dakwaan bersubahat dengan pihak lawan.
Dari sudut pandangan Muhyiddin, Mahathir memberi lebih keutamaan kepada Azmin sebagai calon Perdana Menteri
Ini menyebabkan beliau naik berang kerana merasakan dirinya tidak dihargai biarpun berjaya membuktikan ‘kehandalannya’ mencatur sehingga kepimpinan Najib tergugat.
Justeru, daripada memusuhi Azmin, Muhyiddin mengambil keputusan strategik untuk merapati beliau kerana tahu Azmin turut licik dalam selok-belok percaturan politik.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa Azmin ini seorang yang licik hingga berjaya ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Selangor dari calon pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Matlamat Muhyiddin hanyalah dua – untuk menghancurkan gandingan DAP dan Mahathir, dan untuk menunggang Azmin buat seketika sehingga beliau berjaya mengembalikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Muhyiddin dikatakan sudah membuat keputusan untuk bersara dari dunia politik atas faktor kesihatan dan berhajat untuk ‘memperbetulkan’ keadaan dengan melupakan segala persengketaan antara beliau dengan Najib.
Menurut versi ini, Muhyiddin tahu Azmin mampu ‘menerajangnya’ pada bila-bila masa dan sedang berpura-pura memberi keutamaan kepada Azmin agar puak Azmin (dari PKR) and ahli-ahli parlimen dari PPBM (yang kini menyesal tinggalkan Pakatan Harapan) akan kekal bersama Perikatan Nasional.
Matlamat Muhyiddin adalah untuk menguasai sebuah parti baharu, parti UMNO-Bersatu, menerusi penggabungan parti UMNO dan parti PPBM.
Dalam parti baharu ini, Muhyiddin dikatakan berhajat menjadikan Najib sebagai Timbalan Presiden parti dan Azmin serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai naib presiden.
Wlaubagaimanapun, cara bagaimana Muhiddin akan meyakinkan Zahid untuk bersetuju dengan rancangan ini tidak pernah diceritakan.
Sebaik sahaja struktur parti baharu ini dimuktamadkan, Muhiddin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen agar Pilihan Raya Umum ke-15 dicetuskan dengan Najib sebagai calon “Muafakat Perpaduan” bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Seandainya Muafakat Perpaduan berjaya memenangi pilihan raya dan sebaik sahaja Najib dilantik menjadi perdana menteri, Muhyiddin akan berundur dari dunia politik.
Tetapi saya kurang yakin dengan versi ini atas beberapa sebab.
Biarpun begitu, saya akan kembali dengan versi kedua menerusi bahagian ke-17 sebelum menerusikan siri ini dengan perkembangan-perkembangan lanjut.
RUJUK JUGA SIDANG MEDIA SAYA SEMALAM BERKENAAN PRU15 DI SINI (KLIK AYAT INI)
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
BAHAGIAN SATU HINGGA LIMA BELAS:
Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…
Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…
Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…
Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib
Bahagian Dua Belas: Pembentukan gabungan perpaduan baharu tanpa Anwar, puak kartel
Mengapa politik bergolak lagi, sampai bila pemimpin Melayu-Islam nak bergaduh?
TERKINI: ANGKATAN MUDA KEADILAN PORT DICKSON BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR IBRAHIM [DOC]
