Kerajaan Muhyiddin akan bertahan disebabkan manusia ini (wajib baca)

“Anwar pada ketika ini sedang mengalami kemurungan (depression) teruk kerana gagal berulang kali sejak tahun 1998 lagi untuk merampas kuasa Perdana Menteri”

Raggie Jessy Rithaudeen

كراجأن محي الدين اكن برتاهن دسببكن مأنسي اين

Dalam bahagian ke-tujuh belas siri ini (lihat hujung bawah, link kepada semua bahagian disertakan), saya bercerita berkenaan satu rahsia besar yang disimpan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada rakyat Malaysia.




Rahsia ini, sekirnya terbongkar, mejelaskan sebab sebenar Anwar berdegil untuk memegang jawatan ketua pembangkang dan preisden gabungan Pakatan Harapan.

Anwar makin sedar dirinya ditolak terus oleh majoriti pengundi yang beragama Islam dan pemimpin-pemimpin bahagian dan negeri dari PKR.

Beliau turut sedar akan keretakan teruk yang berlaku dalam PKR di bawah kepimpinannya dan kegagalannya untuk mencegah keretakan tersebut.

Atas kesedaran ini, Anwar mengorak strategi jangka panjang bagi mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

Menurut strategi ini, Anwar sanggup membiarkan keretakan yang berlaku dalam PKR terus merebak dengan harapan parti berkenaan akan hanya tinggal penyokong tegarnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Pada ketika itu, Anwar berharap dapat menguasai Pakatan Harapan sepenuhnya dengan berbekalkan keyakinan bahawa Mahathir akan terlalu tua untuk menjadi pesaingnya dalam gabungan berkenaan.

Walaubagaimanapun, seandainya Mahathir masih lagi kuat dan bedaya, Anwar sanggup terus menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 untuk menjadi Perdana Menteri, dengan syarat Pilihan Raya berkenaan diadakan antara lima hingga lapan tahun dari sekarang.

Loading...

Untuk menjayakan strategi ini, Anwar bertekad untuk memastikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sehingga tamat tempoh penuh penggal parlimen ke-14 pada tahun 2023.

Pada hemat Anwar, sekiranya Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, Mahathir akan terpaksa menunggu tiga tahun lagi untuk cuba menggulingkan Muhyiddin.

Strategi ini sebenarnya satu strategi yang bodoh. Tetapi saya tidak terkejut, kerana Anwar sememangnya seorang yang tidak begitu cerdik, khususnya dalam bidang “pencaturan politik.”

Saya difahamkan, Anwar pada ketika ini sedang mengalami kemurungan (depression) teruk kerana gagal berulang kali sejak tahun 1998 lagi untuk merampas kuasa Perdana Menteri.

Untuk meyakinkan dirinya sendiri bahawa beliau masih hebat, relevan dan disukai ramai, beliau terpaksa mengisytiharkan berulang kali bahawa beliaulah merupakan ketua pembangkang dan presiden Pakatan Harapan yang sah.

Begitu juga, sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, beliau berulang kali mengisytiharkan keyakinannya terhadap kejujuran Mahathir dalam isu peralihan kuasa, seolah-olah rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran.

Ini sebenarnya satu penyakit, dan Anwar kini hidup dalam dunia khayalan.

Pada 20hb Mei 2020, saya menulis:

Ada sebab beberapa ahli parlimen dari PPBM (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan PPBM”) berpegang teguh kepada Muhyiddin walaupun tahu kartel UMNO tidak sekali-kali akan memberikan mereka ‘tiket’ untuk bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.

Ahli-ahli parlimen ini, bersama-sama sekumpulan besar ahli parlimen dari UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan UMNO”), cukup tidak senang dengan Anwar dan tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional selagi beliau masih kekal presiden Pakatan Harapan.

Mereka mengambil sikap “tunggu dan lihat” samada salah satu daripada dua perkara berikut berlaku:

1. Anwar memberi laluan kepada Mahathir untuk mengambil alih Pakatan Harapan, secara bertulis, atau

2. Puak-puak dari PKR dan AMANAH yang “duduk atas pagar” – termasuk Tian Chua dan Mohamad Sabu – bersedia untuk bersama Mahathir dengan membelakangkan Anwar dan DAP.

Sekiranya salah satu daripada perkara di atas berlaku, kerajaan Perikatan Nasional sudah pasti akan runtuh.

Ini memandangkan kumpulan-kumpulan PPBM dan UMNO akan menjalin hubungan baharu dengan pasukan Mahathir, WARISAN dan Sarawak ke arah pembentukkan sebuah gabungan perpaduan baharu yang turut akan bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam.

PAS sudah pasti akan turut bersama, kerana bukan sahaja “kepala besar” dari kumpulan UMNO seorang yang rapat dengan kepimpinan pusat PAS, UMNO akan hanya tinggal puak kartel, terdiri daripada sebilangan kecil pemimpin yang gila kuasa dan tidak lagi mendapat sokongan majoriti parti.

Tetapi andai kata PAS memutuskan untuk tidak bersama kumpulan UMNO, pakatan baharu yang bakal terbentuk akan merangkumi juga parti DAP, walaupun mungkin tidak kesemua pemimpinnya

Anwar tahu akan perkara ini.

Beliau sedar, sekiranya Perikatan Nasional hancur dalam masa terdekat, impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan hangus seperti roti bakar yang dibiarkan terlalu lama dalam oven.

Atas sebab inilah beliau mengalami tekanan dan mula mengorak strategi-strategi yang tidak masuk akal, termasuk strategi “menunggu hingga Parlimen Malaysia ke-14 tamat penggal penuh agar Mahathir tidak terdaya lagi untuk aktif dalam dunia politik.”

Untuk memastikan kumpulan-kumpulan PPBM dan UMNO tidak cuba untuk meruntuhkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, beliau akan berdegil untuk terus kekal sebagai ketua pembangkang dan presiden Pakatan Harapan biar apa pun yang terjadi.

Bagi memastikan pula puak-puak dari PKR dan AMANAH yang “duduk atas pagar” tidak akan beralih ke kem Mahathir, beliau mengerahkan kuncu-kuncunya dari DAP (seperti Ronnie Liu) untuk menimbulkan persepsi kononnya Mahathir terlibat dengan komplot menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan sebelum dikhianati oleh Tan Sri Muhiddin Yassin.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

BAHAGIAN SATU HINGGA TUJUH BELAS:

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Satu): Jom mula dari awal…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Dua): Cara Azmin ‘diperangkap’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tiga): Tetubuhnya kumpulan rahsia diwakili Hishammuddin, Takiyuddin…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Empat): Azmin beritahu kumpulan rahsia ‘Muhyiddin dah bersedia’…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Lima): Impian Azmin menjadi Perdana Menteri…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Enam): Sepandai-pandai Azmin melompat, akhirnya terkena getah juga…

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Tujuh): Pergelutan kuasa sudah bermula, tunggu masa je…

Bahagian Lapan: Rancangan membentuk parti ‘UMNO-Bersatu’ untuk sisihkan terus Najib

Anwar ingin masuk kembali UMNO

Adakah UMNO akan setuju terima keahlian Anwar?

Towards GE15 – its sooner than you think

Bahagian Sepuluh: Salah satu cara Muhyiddin boleh hapuskan ‘puak pengacau’ yang cuba runtuhkan kerajaan

 

Komplot tumbangkan kerajaan Muhyiddin (Bahagian Sebelas): Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga

Rancangan gulingkan Muhyiddin sudah carca merba…

Bahagian Dua Belas: Pembentukan gabungan perpaduan baharu tanpa Anwar, puak kartel

Mengapa politik bergolak lagi, sampai bila pemimpin Melayu-Islam nak bergaduh?

Part Fourteen: Something is cooking, and nobody sees it…

Part Fifteen: Anwar is hoping to strike a deal with Muhyiddin

 

Bahagian Enam Belas: Najib calon Perdana Menteri ke-9?

There is a secret Anwar is keeping from Malaysians…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...